More

    Spesifikasi kamera realme 9 Pro+ didedah dan realme 9i dikesan dalam penyenaraian NBTC

    Kini terdapat maklumat mengatakan realme sedang membangunkan empat telefon sebagai sebahagian daripada siri realme 9 untuk tahun hadapan iaitu realme 9i, 9, 9 Pro dan 9 Pro+. Camera FV-5 telah mendedahkan spesifikasi bagi kamera utama dan swafoto 9 Pro+ manakala maklumat mengenai 9i didapati daripada pensijilan NTBC.

    Bermula dengan realme 9 Pro+, Camera FV-5 adalah aplikasi Android yang menyenaraikan spesifikasi kamera bagi peranti yang dipasang dan menyimpan data semua peranti. Telefon pintar RMX3393 yang dipercayai merupakan realme 9 Pro+ dikatakan mempunyai kamera utama sensor 50MP 1/1.56″ dengan piksel 1.0µm dan lensa f/1.8 manakala sensor kamera 12.6MP dan piksel 2.0µm berada dalam mod default binned.

    Di bahagian kamera hadapan, ia mempunyai kamera 16MP f/2.5 yang mungkin menggunakan sensor quad-bayer dengan resolusi binned 4MP. Namun, tiada sebarang maklumat mengenai kamera tambahan di bahagian belakang peranti.

    Seterusnya, realme 9i telah dikesan dalam senarai NBTC yang membawa nombor model RMX3941. Telefon ini mungkin terdiri dalam salah satu siri realme 9 seperti yang disahkan dalam penyenaraian FCC sebelum ini yang bakal dilancarkan. Namun, spesifikasinya masih belum disahkan.

    Komen di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured