More

    Rockstar Games berikan “game” percuma kepada pemilik GTA Trilogy (PC)

    Setiap hujung tahun pasti akan berlangsungnya jualan akhir tahun dari peralatan rumah sehinggalah peranti pintar. Game tidak dikecualikan kerana pasti ada di antara anda yang gemar menghabiskan masa cuti dengan bermain game.

    Rockstar Games telah mengumumkan promosi khas musim cuti bagi mereka yang telah membeli Grand Theft Auto: The Trilogy Definitive Edition (PC) dengan mendapat salinan percuma game daripada Rokstar Games. Anda boleh mendapatkannya sehingga 5 Januari 2022.

    Game yang tersedia ialah Bully: Scholarship Edition, Grand Theft Auto IV: Complete Edition, Grand Theft Auto V: Premium Edition, LA Noire dan Max Payne 3. Anda juga boleh menebus kad tunai Great White Shark untuk GTA Online atau 55 emas bar untuk Red Dead Online. 

    Anda perlu rebut peluang ini kerana terdapat juga jualan diskaun sehingga 70% untuk game yang lain. Tawaran istimewa untuk Definitive Edition dilihat sebagai penebus keluaran edisi yang diberi nafas baharu.

    Beri pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: TechNaveEn

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured