More

    Celcom pulihkan rangkaian terputus di kawasan banjir, salur RM2 juta bantu rakyat terkesan

    Celcom sedang dalam usaha menyelesaikan dan memulihkan perkhidmatan rangkaian yang terjejas secepat mungkin. Usaha ini termasuk meningkatkan sokongan ketersambungan di pusat pemindahan banjir di seluruh negara di samping menyediakan keperluan dan bekalan makanan kepada mangsa banjir.

    100 tapak rangkaian telah terjejas di seluruh negara yang disebabkan oleh gangguan bekalan elektrik. Beberapa kawasan yang dinaiki air yang tinggi dan keadaan jalan yang teruk telah menghalang pasukan jurutera Celcom untuk mengakses tapak yang terjejas.

    Namun begitu, setakat 12 tengah hari 23 Disember 2021, Celcom telah memulihkan lebih 70% tapak rangkaian terjejas banjir di Lembah Klang yang merangkumi 100% pemulihan rangkaian di Hulu Langat, Bestari Jaya, Jeram, Klang, Pelabuhan Klang, Dengkil, Pandan Indah, Seksyen 27 dan Seksyen 35 di Shah Alam.

    Di wilayah Timur dan Selatan, Celcom telah memulihkan lebih daripada 50% tapak rangkaian yang terjejas dengan pemulihan 100% di Raub, Panching, Bukit Goh, Tanjung Lumpur, Pantai Sepat, Sri Jaya, Chini, Bukit Juntai, Durian Tipus dan Kg. Ngoi-Ngoi.

    Di samping itu, Celcom juga meningkatkan liputan sambungannya di pusat pemindahan sementara (PPS) dengan menggunakan peralatan “Cellular-on-wheels”, penyediaan Akses Wayarles Tetap (FWA) percuma dan pemasangan penggalak isyarat liputan.

    Inisiatif ketersambungan yang dipertingkatkan di PPS seluruh negara termasuk PPS Ladang Emerald SKJT Kemuning dan PPS Kota Kemuning di Shah Alam, PPS Dewan Orang Ramai Tok Muda di Klang, PPS Balairaya Kampung Tiram di Pahang dan banyak lagi.

    Celcom juga memperuntukkan RM2 juta untuk sokongan bantuan banjir dan bekerjasama dengan Agensi Bantuan Malaysia (MRA) untuk mengagihkan pek makanan, peralatan pembersihan, bekalan perubatan dan keperluan asas kepada komuniti terjejas banjir di seluruh negara.

    Celcom akan memaklumkan dan mengemas kini tentang status pemulihan rangkaian terkini dalam kawasan terjejas banjir melalui laman web Twitter, Facebook, Celcom Life App dan Celcom Network Checker Celcom.

    "
    "

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...