More

    HUAWEI MateBook X Pro 2022 dilancar: Sistem penyejukan dipertingkatkan dan pengecasan 30W

    Kini, HUAWEI telah melancarkan versi MateBook X Pro 2022 dengan beberapa penambahbaikan berbanding model sebelumnya. HUAWEI MateBook X Pro dilengkapi dengan skrin 14.2-inci lebih besar daripada skrin 13.9-inci MateBook X Pro 2021. Ia menampilkan reka bentuk bingkai nipis dengan nisbah skrin-ke-badan setinggi 92.5%, paparan resolusi 3120 X 2080 piksel dengan kadar penyegaran semula 90Hz, kecerahan 500nit dan gamut warna lebar P3. 

    Versi 2022 ini menggunakan skema penentukuran warna profesional 3D Lut, pensijilan standard warna gamut dua warna profesional TÜV Rheinland dan perbezaan warna Delta E kurang daripada 1. Notebook dilengkapi dengan pemproses Intel Core i5-1155G7 dan i7-1195G7 hadir dalam warna Silver, Space Grey dan Emerald. Ia juga tersedia dengan berat 1.38kg, tebal 15.5mm serta mempunyai RAM 16GB dan storan 512GB/1TB. 

    Penambahbaikan dilakukan daripada segi reka bentuk dalamannya seperti dwi kipas, tiga reka bentuk salur masuk udara dan VC penyejuk udara ultra nipis yang meningkatkan prestasi pelesapan haba sebanyak 100%. Komputer riba ini juga menyokong kelajuan pengecasan 30W dua kali ganda jika dibandingkan dengan MateBook X Pro 2021.

    Selain itu, MateBook X Pro 2022 menggunakan pad jejak tekanan, menyokong pelbagai gerak isyarat dan boleh dikendalikan dengan gerak isyarat udara. Ia juga dilengkapi dengan pembesar suara HUAWEI Sound 6 serta dihantar dengan pengecas GaN 90W.

    Pra-tempahan sudahpun bermula dan akan mula dijual pada 6 Januari 2022. Versi MateBook X Pro Core i5/16GB/512GB baharu dijual pada harga 9,499 yuan (~RM6,260) manakala Core i7/16GB/512GB berharga 10,499 yuan (~$RM6,919). Akhir sekali, Core i7+16GB+1TB berharga 12,499 yuan (~RM8,237).

    Kami masih nantikan berita tentang kehadirannya di Malaysia. Sementara itu, beri pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Siri HUAWEI Pura 90s tersedia di Malaysia — Dilengkapi kamera 200MP bermula RM3,699

    HUAWEI secara rasmi melancarkan siri HUAWEI Pura 90s dan fon telinga terbuka HUAWEI FreeClip 2 S untuk pasaran Malaysia. Model utama HUAWEI...

    HMD mahu hidupkan semula pengalaman Nokia Lumia pada Android

    HMD Global dilaporkan sedang menguji antaramuka pengguna berasaskan rekaan tile yang menyerupai konsep Live Tiles daripada era Lumia dan Windows Phone. Maklumat...

    Samsung Galaxy Watch Ultra2 dan Watch9 turut rasmi dengan harga bermula RM1,499

    Selain siri telefon lipat, Samsung juga melancarkan jam tangan pintar Samsung Galaxy Watch Ultra2 dan Galaxy Watch9 untuk pasaran Malaysia. Kedua-dua model...

    Samsung Galaxy Z Fold8, Fold8 Ultra dan Flip8 rasmi di Malaysia, harga bermula RM5,399

    Samsung secara rasmi melancarkan siri telefon pintar boleh lipat Galaxy Z Fold8 Ultra, Galaxy Z Fold8 dan Galaxy Z Flip8 bagi pasaran...

    Peti ais untuk manusia ‘Do Hiemon Box’ dilancar di Jepun dengan harga ~RM43,260

    Syarikat pengeluar peti ais dan mesin layan diri dari Jepun, SDRS, bersama pembekal peralatan industri Trusco Nakayama telah memperkenalkan Do Hiemon Box....

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured