More

    OPPO anjur promosi khas sempena pembukaan My OPPO Space Pavilion Bukit Jalil, diskaun sehingga RM400

    Pada 25 Disember 2021, OPPO Malaysia bakal membuka kedai My OPPO Space yang ke-11 di pusat membeli-belah Pavilion Bukit Jalil. Bagi meraikan pembukaan tersebut, OPPO akan menganjurkan pelbagai promosi menarik untuk peranti-peranti mereka.

    OPPO akan menganjurkan jualan khas selama dua jam sahaja untuk OPPO Reno5 F, di mana ia akan dijual pada harga promosi RM799 sahaja (harga asal RM1,199) pada 25 Disember 2021, jam 2:00 petang hingga 4:00 petang. Pelanggan yang membeli OPPO Reno5 F juga boleh membeli fon telinga wayarles OPPO Enco Buds pada harga RM59 (harga asal RM159).

    Untuk pelanggan yang membeli telefon pintar andalan OPPO Find, mereka akan menerima seutas jam tangan OPPO Watch 41mm secara percuma (harga asal RM899).

    Di samping itu, mana-mana pelanggan yang membeli telefon pintar OPPO Reno atau OPPO A95 akan menerima kotak hadiah dan beg Reno6. Untuk pelanggan yang membeli mana-mana telefon OPPO A pula, mereka akan menerima REMAX RPP-96 10,000mAh Powerbank dan baucar KFC bernilai RM5.

    Dalam pembukaan My OPPO Space terbaru ini, OPPO akan turut menganjurkan sebuah cabutan bertuah di mana setiap pelanggan boleh menyertainya dan berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai RM5,928 seperti mesin kopi Nescafe Dolce Gusto, OPPO Reno6 dan banyak lagi.

    Pelanggan yang melawat My OPPO Space juga berpeluang untuk memenangi hadiah kecil seperti baucar Starbucks dan Thank You Card yang membenarkan anda untuk mencuci telefon pintar. Pelanggan hanya perlu mengambil gambar dengan maskot OPPO atau belajar tentang My OPPO App bersama wakil OPPO di kedai tersebut.

    Beritahu kami di Facebook jika anda akan melawat My OPPO Space dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured