More

    Apple bakal lancarkan Beats Studio Buds Year of the Tiger, edisi khas bersempena Tahun Baru Cina

    Selepas berakhirnya perayaan Krismas, Tahun Baru Cina bakal tiba. Dengan itu, Apple juga akan mengeluarkan produk edisi khas untuk perayaan tersebut dengan menghasilkan Beats Studio Buds Year of the Tiger.

    Kiriman itu dilihat baru-baru ini di laman Instagram @beatsbydre. Walaupun belum ada pengumuman harganya lagi, tetapi reka bentuknya telah didedahkan secara rasmi dan ia kelihatan menarik dengan corak jalur emas pada bekas pengecasan dan fon telinga wayarles. Akaun rasmi itu juga memeberitahu ia akan dikeluarkan pada 1 Januari 2022.

    Daripada segi spesifikasinya, Beats edisi khas ini mempunyai persamaan dengan versi standard Beats Studio Buds. Ia mempunyai ciri pembatalan hingar aktif, mod ketelusan, kalis peluh bertaraf IPX4 dan bateri tahan sehingga 8 jam serta mempunyai tiga saiz getah fon telinga tersedia di dalam kotak.

    Berkemungkinan besar edisi khas itu akan dikeluarkan di Malaysia pada harga RM629. Fon telinga wayarles serasi dengan kebanyakan produk Apple termasuk iPad, Mac, Apple Watch, Apple TV, iPod Touch (Generasi ke-7) serta peranti Android.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Instagram

     

    Artikel Terkini

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured