More

    Xiaomi lancarkan sistem operasi MIUI 13, tampilkan keselamatan dan privasi lebih tinggi

    Sebelum melancarkan siri telefon andalan Xiaomi 12, Xiaomi telah memperkenalkan sistem operasi MIUI 13 untuk peranti-perantinya seperti telefon pintar, tablet, televisyen, peranti boleh pakai, kelengkapan rumah dan pembantu suara XiaoAI.

    Dalam antara muka baru ini, Xiaomi akan memperkenalkan proses pengesahan identiti tiga langkah yang terdiri daripada pengimbasan muka, pembacaan watermark untuk ID pengguna dan perlindungan penipuan elektronik (electronic fraud protection).

    Pengimbasan muka bukan sahaja bergantung kepada iras muka, namun kini akan turut mengimbas bentuk badan atas pinggang pengguna, jadi orang lain tidak boleh mengakses peranti Xiaomi walaupun mereka mempunyai muka yang serupa.

    Perlindungan penipuan elektronik pula menyimpan rekod laman web atau peranti lain yang mungkin mempunyai perisian malware, serta nombor-nombor telefon yang dimiliki oleh pihak yang diragui.

    Daripada segi gaya, MIUI memperkenalkan muka taip (font) baru bernama Means, manakala warna-warna untuk logo juga akan berubah. Telefon yang memuat turun kemas kini MIUI 13 akan menerima tetapan latar skrin (wallpaper) baru serta susunan widget baru yang lebih kemas.

    Xiaomi juga memperkenalkan MIUI 13 Pad yang dikhaskan untuk tablet dan skrin besar, di mana ia akan menyokong fungsi multi-tugas. Mereka mengatakan lebih 3,000 aplikasi bakal menyokong fungsi multi-tugas dalam MIUI 13 Pad serta gerakan jari seperti mencubit (pinch) untuk kecilkan tetingkap, drag-and-drop dan banyak lagi.

    MIUI 13 akan dipasang dalam siri telefon Xiaomi 12 manakala siri Mi 11 pula bakal menerimanya seawal Januari 2022. Ia juga akan ditawarkan kepada peranti Redmi serta POCO.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured