fbpx
More

    Siri Xiaomi 12 dilancar: Miliki SD 8 Gen 1, skrin AMOLED 6.28” dan kamera 50MP bermula ~RM2,430

    Selepas beberapa minggu tersebarnya berita dan khabar angin mengenai Xiaomi 12, akhirnya telefon ini dilancarkan. Hari ini, Xiaomi siri 12 telah dilancarkan secara rasmi melalui sebuah acara yang merangkumi dua model iaitu Xiaomi 12 dan 12 Pro.

    Xiaomi 12 hadir dengan panel AMOLED 6.28 inci Corning Gorilla Glass Victus buatan Samsung yang menyokong resolusi FHD+ dan penyegaran semula sehingga 120Hz. Selain itu, terdapat pengimbas cap jari di bawah paparan. Ianya membawakan sensor kamera Sony IMX 766 50MP bersaiz 1/1.56” dengan piksel 2.0μm dan OIS. Dua kamera lain termasuk ultralebar 13MP dan makro 5MP.

    Baterinya berkapasiti 4,500 mAh dengan pengecasan pantas berwayar 67W, pengecasan wayarles 50W dan pengecasan wayarles berbalik 10W. Telefon siri Xiaomi 12 akan menggunakan paparan antara muka MIUI 12.5 manakala kemas kini MIUI 13 akan tiba pada Januari nanti.

    Xiaomi 12 hadir dengan warna hitam, biru dan merah jambu. Terdapat versi kulit vegan hijau khas untuk kedua-dua telefon. Xiaomi 12 varian 8GB + 128GB berharga CNY 3,699 (~RM2,430), 8GB + 256GB berharga CNY 3,999 (~RM2,625) manakala 12GB + 256GB berharga CNY 4,399 (~RM2,887). Jualan pertama dijadualkan pada Januari 2022.

    Xiaomi 12 Pro hadir degan panel LTPO 2.0 6.73 inci Gorilla Glass Victus beresolusi 1440p dengan kadar penyegaran semula sehingga 120Hz dan pengimbas cap jari dalam paparan. Siri Xiaomi 12 menghasilkan warna 12-bit dan kecerahan sehingga 1,500 nit.

    Xiaomi 12 Pro membawakan tiga kamera 50MP dengan sensor Sony IMX707 untuk kamera utamanya. Sensor kameranya bersaiz 1/1.28” dan menyokong binning piksel dengan satu piksel 2.44µm dan OIS yang besar. Ia turut hadir dengan kamera potret dan ultralebar 50MP.

    CyberFocus ialah teknologi autofokus pantas terbaharu yang dibangunkan sendiri oleh Xiaomi. Xiaomi juga menawarkan algoritma mod malam yang dapat menangkap lebih banyak cahaya di kawasan yang malap sambil mengekalkan tahap noise yang rendah.

    Baterinya berkapasiti 4,600 mAh terbahagi kepada dua sel yang mengecas pada 120W berwayar dan sehingga 50W secara wayarles. Xiaomi juga menambah cip pengecasan Surge P1 untuk membantu mengendalikan pengurusan kuasa.

    Xiaomi 12 Pro bermula pada varian 8GB + 128GB yang dijual pada harga CNY 4,699 (~RM3,083), 8GB + 256GB berharga CNY 4,999(~RM3,280) dan 12GB + 256GB berharga CNY 5,399 (~RM3,544).

    Komen di Facebook kami tentang pendapat anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Telefon pintar cipset Snapdragon 8 Gen 4 pertama dijangka dilancar pada pertengahan Oktober

    Qualcomm telah memelihara kerahsiaan mengenai butiran prosesor mudah alih flagship akan datang mereka, Snapdragon 8 Gen 4. Namun, kebocoran dan desas-desus telah...

    Audio ‘lossless’ oleh Spotify dikatakan hampir siap

    Elemen antara muka (UI) yang bocor membayangkan kemungkinan keluaran peringkat audio tanpa kerugian (lossless) Spotify yang telah lama ditunggu-tunggu, menunjukkan ia mungkin...

    Threads benarkan kawalan terhadap siapa yang boleh mengulas ‘post’ anda

    Threads memperkenalkan kawalan baru yang membenarkan pengguna menguruskan siapa yang boleh mengulas kenyataan mereka dengan matlamat untuk mewujudkan persekitaran yang lebih positif...

    Google Wallet perkenalkan senarai ‘Kaedah Pembayaran’ baharu

    Kemas kini terbaru kepada Google Wallet untuk Android memperkenalkan pendekatan yang lebih teratur dalam menguruskan kaedah pembayaran yang disimpan. Menu akaun kini...

    Jalan Sultan Ismail menjadi dua hala, kurangkan kesesakan lalu lintas

    Sekurang-kurangnya 20 anggota Polis Kuala Lumpur telah ditempatkan untuk mengawal lalu lintas susulan penukaran jalan satu hala kepada dua hala di Jalan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X