More

    Kemas kini MySJ Trace dalam aplikasi MySejahtera kini tersedia untuk iOS

    Selepas ia dikeluarkan kepada pengguna Android dan HUAWEI awal bulan ini, ciri MySJ Trace baharu untuk MySejahtera kini tersedia kepada pengguna iOS. Kemas kini aplikasi versi 1.1.4 juga menandakan tamatnya pilihan Daftar Keluar yang telah digunakan untuk MySejahtera pada bulan September lepas.

    Sama seperti versi Android, MySJ Trace pada iOS tidak membawa label beta seperti versi untuk peranti HUAWEI. Tidak seperti platform tersebut, ciri ini tidak memerlukan pengguna iOS untuk mendapatkan kebenaran dalam penggunaan lokasi:

    Pembangun MySejahtera juga telah berkata dalam Soalan Lazim [pdf] bahawa MySJ Trace hanya boleh berjalan dalam mod latar depan di dalam iOS yang bermaksud ia hanya akan berfungsi apabila iPhone atau iPad pengguna aktif.

    Antara data yang dikumpul oleh MySJ Trace termasuk Unique User ID (UUID), versi & platform aplikasi, rekod waktu pertemuan antara pengguna dan ukuran Received Signal Strength Indicator (RSSI) mengikut Soalan Lazim yang dikeluarkan. Dokumen itu juga mengatakan bahawa MySJ Trace menyokong peranti dengan iOS 10 dan versi terkini.

    Tetapi, aplikasi tersebut menyarankan pengguna sekurang-kurangnya untuk menggunakan versi iOS 11. Pengguna boleh mengemas kini MySejahtera mereka dengan pergi ke penyenaraian aplikasi di App Store dalam iPhone atau iPad mereka dan kemudian tekan butang kemas kini.

    Kongsi pendapat anda tentang fungsi baharu MySejahtera ini dalam Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured