More

    Ini adalah aplikasi paling popular pada tahun 2021

    Sejak ketibaan telefon pintar, pengguna menghabiskan lebih banyak masa di hadapan skrin dan masih dahagakan kandungan digital yang bagi mereka masih tidak mencukupi. Syarikat Apptopia telah menerbitkan kedudukan aplikasi paling popular bagi setiap tahun.

    Seperti yang ditunjukkan dalam statistik, kita sudah dapat menjangkakan aplikasi mana yang akan mengungguli carta tersebut. Syarikat itu telah menyusun satu senarai aplikasi yang paling banyak dimuat turun untuk Android dan iOS. Program mudah alih yang paling popular di dunia ialah:

    Seperti diramalkan, TikTok mendapat tempat pertama dan sepuluh aplikasi lain termasuk Facebook, Snapchat dan Spotify antara aplikasi yang sudah lama duduk di dalam carta tersebut. Perlu diperhatikan bahawa empat daripada sepuluh tangga di dalam carta diduduki oleh program milik Meta. Aplikasi terbaharu kepada syarikat ByteDance ialah CapCut iaitu program penyuntingan video yang juga pemilik kepada aplikasi TikTok.

    Cloudflare telah menerbitkan carta populariti daripada sumber Internet pada tahun 2021. Ia menunjukkan bahawa tahun akan datang bakal menjadi tahun peralihan bagi pengguna yang menggunakan Google.com iaitu selaku perkhidmatan gergasi pencarian. Kuasa terbaharu dalam internet ialah TikTok.com. Untuk pengetahuan, TikTok hanya menduduki tempat ketujuh pada tahun lepas.

    Sepuluh aplikasi paling popular pada tahun 2021 adalah seperti berikut:

    1. TikTok.com
    2. Google.com
    3. Facebook.com
    4. Microsoft.com
    5. Apple.com
    6. Amazon.com
    7. Netflix.com
    8. Youtube.com
    9. Twitter.com
    10. Whatsapp.com

    Ini adalah senarai aplikasi popular pada tahun 2020:

    1. Google.com
    2. Facebook.com
    3. Microsoft.com
    4. Apple.com
    5. Netflix.com
    6. Amazon.com
    7. TikTok.com
    8. Youtube.com
    9. Instagram.com
    10. Twitter.com

    Buat pertama kali tahun ini, TikTok mendahului carta bermula pada 17 Februari. Secara umum, TikTok tidak disangkal lagi menyandang juara dalam carta tersebut manakala kedudukan aplikasi lain hampir tidak berubah.

    Adakah anda berpuas hati dengan carta ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...