More

    BlackBerry secara rasmi telah tamatkan sokongan untuk semua telefon pintar klasiknya

    BlackBerry yang merupakan salah satu jenama telefon paling popular pada era sebelum telefon pintar mengambil alih mengumumkan syarikatnya telah menamatkan sokongan rasmi untuk semua model telefon pintar klasiknya. BlackBerry telah membuat pengumuman rasmi itu melalui laman web 9To5Mac.

    Kini, semua telefon pintar klasik syarikat itu yang menggunakan sistem operasi BlackBerry OS atau BB10 OS tidak akan mempunyai sokongan lagi. Tambahan pula, jenama itu telah memberi amaran kepada pelanggannya bahawa mereka tidak lagi akan menerima sebarang kemas kini untuk sambungan talian atau WiFi bagi mengekalkan fungsi komunikasi.

    Dengan kata lain, pengguna telefon pintar BlackBerry mungkin kehilangan fungsi panggilan, data selular, SMS dan panggilan perkhidmatan kecemasan. Pada mulanya, jenama generasi sebelum ini seperti Nokia dan BlackBerry tidak percaya bahawa telefon skrin sentuh penuh akan memberi impak yang besar kepada pasaran.

    Tetapi seperti yang kita boleh lihat sekarang, peranti dengan papan kekunci fizikal dalam fasa untuk dimansuhkan sepenuhnya. Jadi dengan berakhirnya sokongan rasmi untuk telefon pintar BlackBerry, kita boleh katakan bahawa ini menandakan berakhirnya era mereka. Kami menasihatkan agar pengguna peranti BlackBerry untuk menyandarkan semua data anda dan bersedia untuk beralih kepada jenama lain tidak lama lagi.

    Apa pun, masihkah ada harapan untuk pengguna awam menggunakan kembali peranti BlackBerry? Luahkah pandangan anda terhadap hal ini di laman Facebook kami dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Apple diperintah bayar RM23.8 bilion kepada Taptic Engine kerana tiru paten

    Mahkamah di Amerika Syarikat memutuskan Apple perlu membayar $5.7 bilion (~RM23.8 bilion) kepada Taction Technology kerana melanggar paten berkaitan perkakasan Taptic Engine....

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured