More

    Poster acahan Lenovo Legion Y90 terbaharu dedahkan logo RGB pada reka bentuknya

    Nampaknya Lenovo akan melancarkan telefon pintar gaming baharu yang mungkin menjadi pengganti kepada Legion Phone Duel 2. Lenovo menggunakan nama peranti ini sebagai ‘Legion Y90’ dan bukannya siri kod ‘3’ yang membuatkan kami meragui jika ia bukanlah sebagai pengganti kepada Legion Phone Duel 2.

    Baru-baru ini, Lenovo telah mengambil langkah dengan mendedahkan imej acahan yang melihatkan reka bentuk dalam poster baharunya. Perkara pertama yang menarik perhatian ialah logo ikonik Legion ‘Y’ yang diterangi melalui pencahayaan RGB. Untuk pengetahuan, telefon pintar Legion sebelumnya mempunyai pencahayaan RGB yang serupa di bahagian belakang.

    Poster itu juga mendedahkan sedikit bonggolan di bahagian tengah pada panel belakang. Reka bentuk ini telah muncul pada Legion Phone Duel 2. Oleh itu, kita boleh menjangkakan bahawa reka bentuknya yang nipis dengan bonjolan di bahagian tengah untuk menempatkan sistem penyejukan cecair Supercharged kipas turbo berganda.

    Apakah pendapat anda mengenai rekaannya? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Lepas 10 tahun guna logo sama, Instagram akhirnya buat perubahan besar

    Instagram secara rasmi memperkenalkan reka bentuk logo teks (wordmark) baharu yang memaparkan nama platform tersebut pada bahagian atas aplikasi. Penukaran ini merupakan...

    nubia A77 5G tiba di Malaysia dengan Unisoc T8300 Ultimate dan skrin 120Hz berharga...

    nubia secara rasmi melancarkan peranti kelas pertengahan baharu iaitu nubia A77 5G untuk pasaran tempatan. Telefon pintar ini dibangunkan sebagai pilihan peranti...

    Google Pixel Watch 5 dan Pixel Tag dilancar dengan harga bermula RM139

    Google secara rasmi melancarkan jam pintar Pixel Watch 5 dan peranti penjejak pintar pertama mereka, Pixel Tag. Pixel Watch 5 hadir dalam...

    Google Pixel 11 Pro Fold turut rasmi dengan dengan cip Tensor G6 dan IP68...

    Selain siri Pixel 11 standard, Google turut mengumumkan telefon pintar boleh lipat baharu Pixel 11 Pro Fold untuk pasaran Malaysia. Peranti ini...

    Google Pixel 11 rasmi di Malaysia dengan cip Tensor G6 dan lampu HiLight LED...

    Google secara rasmi melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di Malaysia yang merangkumi Pixel 11, Pixel 11 Pro dan Pixel 11 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured