More

    ASUS Zenfone 9 mungkin akan mempunyai skrin kecil di bahagian belakang

    Kita sudah pun memasuki tahun 2022 dan pelbagai syarikat telefon pintar pasti sedang mengusahakan peranti terbaru untuk siri telefon mereka. Ini termasuklah syarikat teknologi dari Taiwan, ASUS, yang sedang mengusahakan ASUS Zenfone 9.

    Kini terdapat maklumat baru berkenaan telefon tersebut di mana ia mungkin akan dilengkapi skrin kecil di bahagian belakang, seperti yang terdapat pada ASUS ROG Phone 5 Pro sebelum ini. Sungguh pun begitu, skrin belakang Zenfone 9 mungkin sekadar menunjukkan waktu dan tarikh, bukannya logo spesifik seperti dalam ROG Phone 5.

    Maklumat ini diperoleh berdasarkan sebuah tangkapan skrin (screenshot) yang telah tertiris, di mana skrin belakang boleh disentuh sebanyak dua kali (back double tap) untuk menghidupkan skrin. Tangkapan itu turut menunjukkan dua lensa seperti yang terdapat dalam Zenfone 8.

    Setakat ini masih tiada maklumat rasmi tentang ASUS Zenfone 9. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Equal Leaks

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured