More

    Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia kini dibuka sehingga 31 Januari 2022

    Rakyat Malaysia kini boleh membuat permohonan untuk mendapatkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) bermula 1 Januari 2022 hingga 31 Januari 2022. Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengatakan rakyat boleh buat pendaftaran baharu atau mengemas kini maklumat untuk bantuan tersebut di laman web rasmi BKM.

    Permohonan secara fizikal juga boleh dilakukan di cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDN atau Pusat Transformasi Bandar (UTC).

    Menurut beliau, pada tahun ini kerajaan telah memperuntukkan RM8.2 bilion untuk BKM dan akan memanfaatkan lebih 9.6 juta penerima. Ini adalah satu peningkatan berbanding 8.6 juta penerima dengan peruntukan RM7 bilion di bawah BPR pada 2021.

    BKM juga akan mengimport data secara automatik daripada golongan yang telah menerima pelbagai bentuk bantuan kerajaan pada tahun lepas. Ini termasuklah:

    • Penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021
    • Penerima Bantuan Khas COVID (BKC) B40 2021
    • Pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima Geran Khas Prihatin
    • Data agensi Kerajaan yang lain merangkumi data e-Kasih, bantuan JKM, penghuni Perumahan Awam atau Projek Perumahan Rakyat di bawah DBKL dan KPKT, Orang Asli JAKOA, gelandangan berdaftar dengan KPWKM dan DBKL, ibu tunggal berdaftar dengan KPWKM, penerima Skim Insurans Pekerjaan PERKESO dan penerima zakat atau baitulmal di Lembah Klang

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Astro Awani

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured