More

    Apple bakal lancarkan monitor baharu 2022 pada separuh harga daripada Pro Display XDR

    Seperti yang anda ketahui, Apple mempunyai beberapa produk mewah untuk profesional antaranya adalah monitor Pro Display XDR iaitu paparan Retina 32-inci dengan resolusi 6K berharga USD4,999 (~RM19,999). Kebanyakan orang tidak mampu membeli monitor tersebut, oleh itu Apple mengusahakan model yang lebih murah.

    Menurut Mark Gurman, monitor seterusnya mungkin berharga sekitar USD2,499 (~RM10,423) dan lebih berfokuskan pada nilai dan tambahan skrin yang lebih besar pada MacBook Pro baharu pengguna. Ini bermakna monitor baharu akan mempunyai keupayaan yang kurang berbanding Pro Display XDR. kerana pengurangan saiz dan resolusi untuk menurunkan kos pengeluaran. Ia juga mungkin menggunakan panel baharu atau bahan yang lebih murah.

    Namun begitu, maklumat ini masih belum disahkan oleh pihak Apple. Kami masih menunggu butiran seterusnya mengenai monitor yang dikhabarkan ini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Apple Insider

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured