More

    Siri iPhone 14 mungkin hadir dengan potongan berbentuk pil untuk kamera hadapan

    Kebelakangan ini, maklumat mengenai siri iPhone 14 telah berleluasa dengan beberapa jangkaan perubahan besar. Mark Gurman dari Bloomberg telah mendakwa bahawa model siri iPhone 14 tidak akan menampilkan takuk (notch) untuk sensor. Sebaliknya, telefon akan mempunyai potongan berbentuk pil di bahagian atas skrin.

    Apple pernah menyatakan bahawa takuk itu diperlukan untuk menempatkan sensor kamera hadapan serta ciri Face ID. Sebelum laporan baharu ini, penerbitan The Elec dari Korea dan penganalisis Apple Ming-Chi Kuo juga mendakwa bahawa iPhone 14 Pro dan 14 Pro Max akan hadir dengan potongan lubang tebuk (punch-hole) pada skrin dan bukannya takuk. 

    Apple telah memperkenalkan takuk buat pertama kali pada iPhone X dan sejak itu, ia kekal tanpa sebarang perubahan. Ia menempatkan susunan kamera TrueDepth termasuk kamera inframerah, penerang (flood illuminator), kamera hadapan dan projektor titik (dot projector).

    Laporan juga menunjukkan bahawa iPhone 14 dan iPhone 14 Max akan terus menawarkan takuk tetapi model Pro dalam siri ini akan hadir dengan potongan lubang tebuk baharu berbentuk pil sebagai perumah sensor. Terdapat khabar angin mendakwa bahawa syarikat itu mungkin menggunakan seni bina berasaskan laser untuk Face ID dan reka bentuk lensa unibody yang akan membantu syarikat mengurangkan saiz modul kamera hadapan.

    Nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia dan kongsi pendapat anda di Facebook kami.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured