More

    Samsung Galaxy S21 FE 5G dilancar di Malaysia: Exynos 2100, AMOLED 120Hz, kamera Space Zoom 30x bermula RM2,899

    Selepas sehari pelancarannya di Korea, hari ini, Samsung Malaysia secara rasmi telah melancarkan varian terakhir untuk siri telefon andalan Galaxy S21 iaitu Samsung Galaxy S21 Fan Edition (FE) 5G. Ia menampilkan spesifikasi yang mantap untuk telefon andalan 2021 di mana ia mampu menjana prestasi terpantas, namun rekaan luarannya mempunyai permukaan plastik.

    Galaxy S21 FE tersedia dalam empat varian warna iaitu putih, hitam Graphite, hijau Olive dan ungu Lavender. Antara fungsi menarik dalam telefon ini adalah zum kamera Space Zoom sehingga 30x, rakaman dwi-kamera Dual View dan kadar segar semula 120Hz.

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk Galaxy S21 FE:

    • Skrin Dynamic AMOLED 2X FHD+ 6.4 inci 120Hz, kadar bacaan sentuhan 240Hz
    • Cipset Exynos 2100
    • RAM 8GB
    • Storan dalaman 128GB atau 256GB
    • Kamera utama 12MP + kamera ultra-lebar 12MP + kamera telefoto 8MP dengan Space Zoom 30x
    • Kamera swafoto 32MP
    • Bateri 4,500mAh
    • Pengecasan pantas 25W (pengecas tidak disertakan dalam kotak), pengecasan wayarles 15W
    • Sistem operasi Android 12
    • Rating kalis air IP68
    • Pengimbas cap jari optikal

    Galaxy S21 FE 5G untuk varian 256GB berharga RM3,099 manakala varian 128GB pula berharga RM2,899. Tempahan bermula dari 6 Januari sehingga 10 Januari 2022. Di samping peranti itu, pelanggan juga akan mendapat e-baucar RM350 dan SamsungCare+ 1 Tahun kerosakan tidak sengaja dan kerosakan akibat cecair bernilai RM220.

    Kepada yang berminat untuk memilikinya, terdapat tawaran promosi dari 6 Januari sehingga 28 Februari yang mana anda bakal mendapat potongan harga sebanyak 30% untuk aksesori terpilih dan 20% untuk peranti boleh-pakai (wearables) dan boleh-dengar (hearables) dengan setiap pembelian Samsung S21 FE 5G.

    ProdukAksesoriPromosi
    Aksesori Galaxy S21 FE 5GSarung silikon dengan tali30% diskaun dengan setiap pembelian Galaxy S21 FE 5G
    Sarung Smart Clear View
    Sarung Clear Standing
    Sarung Silikon
    Sarung Slim Strap
    Galaxy Watch4 ClassicGalaxy Watch4 Classic (46mm)20% diskaun untuk peranti boleh-pakai (wearables) dan boleh-dengar (hearables) dengan setiap pembelian Galaxy S21 FE 5G
    Galaxy Watch4 Classic (42mm)
    Galaxy Watch4Galaxy Watch4 (44mm)
    Galaxy Watch4 (40mm)
    Galaxy BudsGalaxy Buds Pro
    Galaxy Buds Live
    Galaxy Buds2

    Tambahan, terdapat tawaran istimewa melalui kod promosi TNS21FE bermula dari 6 Januari sehingga 31 Januari 2022. Setiap tempahan yang menggunakan kod ini akan memperoleh rebat tambahan RM50. Terhad kepada 150 pembeli terawal.

    Anda juga boleh memiliki Samsung Galaxy S21 Fan Edition (FE) 5G melalui kedai rasmi dalam talian Samsung Malaysia, stor Samsung Experience dan penjual sah Samsung. Untuk maklumat lanjut menegnai telefon ini, sila layari laman rasmi Samsung Malaysia.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured