More

    Apple Education: Percuma AirPod apabila anda beli produk Mac dan iPad terpilih

    Mulai hari ini sehingga 7 Mac, pelanggan yang membeli produk Mac dan iPad terpilih akan menerima sepasang AirPod secara percuma. Walau bagaimanapun, ada beberapa syarat untuk menikmati tawaran ini. Ia tersedia untuk pelajar universiti atau mereka yang bekerja di institusi pendidikan.

    Sebelum ini, tawaran telah tersedia untuk syarat yang telah dinyatakan di atas melalui Apple Education Store dan pelajar hanya perlu mengesahkan diri mereka dengan UNiDAYS. Kini, terdapat penambahan promosi baharu iaitu anda bakal memiliki AirPod secara percuma.

    Jika anda berminat, anda boleh melihat senarai di bawah untuk mengetahui produk mana yang mempunyai promosi. Selain itu, pembeli yang layak juga akan mendapat diskaun 20% untuk pelan AppleCare. Layari laman web Apple Education Store untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai promosi ini.

    Beritahu kami di Facebook pendapat anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    REDMI Headphones Neo, Buds 8 dan Watch 6 dilancar di Malaysia, bermula RM239

    Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran tiga peranti boleh pakai baharu di bawah sub jenama REDMI untuk pasaran Malaysia termasuk fon kepala over-ear...

    Catcha Digital catat untung 128 peratus hasil ambil alih syarikat media Malaysia

    Catcha Digital Berhad mencatatkan prestasi kewangan paling kukuh setakat ini apabila merekodkan pertumbuhan keuntungan sebanyak 128% bagi suku pertama tahun kewangan 2026...

    Cristiano Ronaldo kini jadi duta global Dreame Technology

    Dreame Technology mengumumkan kerjasama global bersama legenda bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo dalam usaha memperkukuh kedudukan mereka dalam pasaran perkakasan rumah pintar...

    Xiaomi Watch S5, Smart Band 10 Pro dan Buds 6 turut rasmi di Malaysia,...

    Selain siri 17T, Xiaomi turut mengumumkan pelancaran beberapa produk baharu di Malaysia menerusi pengenalan Xiaomi Watch S5 46mm, Xiaomi Smart Band 10...

    Siri Xiaomi 17T rasmi di Malaysia dengan Dimensity 9500, kamera Leica dan bateri 7,000mAh...

    Siri Xiaomi 17T secara rasmi dilancarkan di Malaysia dengan dua pilihan model iaitu Xiaomi 17T dan Xiaomi 17T Pro. Model paling berkuasa...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...