More

    WhatsApp lancarkan beta ciri pemberitahuan bila seseorang menyebut anda dalam kumpulan

    WhatsApp kembali dengan satu lagi kemas kini beta aplikasinya untuk iOS yang memberitahu (notification) apabila seseorang menyebut (mention) anda dalam sembang kumpulan. Menurut WABetaInfo, dengan versi 22.1.71 WhatsApp, aplikasi itu kini membezakan pemberitahuan dalam sembang kumpulan.

    Sebagai contoh, pada masa ini, jika seseorang membalas kepada mesej anda dalam kumpulan, anda mendapat pemberitahuan yang mengatakan bahawa seseorang membalas kepada anda. Dengan kemas kini baharu ini, terdapat pemberitahuan yang rakan anda menyebut nama anda di dalam kumpulan sembang.

    WhatsApp kini membezakan kedua-dua jenis pemberitahuan ini iaitu antara membalas mesej anda dan menyebut anda di dalam kumpulan sembang. Semalam, syarikat itu mula menguji pemberitahuan foto profil pada skrin kunci iPhone. Dengan fungsi ini, WhatsApp akan mengikuti trend yang telah dilaksanakan oleh aplikasi lain seperti Twitter.

    Dengan itu, setiap kali anda menerima pemberitahuan baharu di WhatsApp, nama kenalan dan gambar profil mereka akan terpapar. Kedua-dua ciri ini belum mempunyai tarikh keluaran yang dijadualkan tetapi kami akan memberitahu anda sebaik sahaja ciri tersebut dilepaskan kepada semua pengguna.

    Apa pendapat anda tentang fungsi ini? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured