More

    CES 2022: Razer Blade 14, 15 & 17 diumum, miliki cipset AMD Ryzen siri 6000 dan Intel Gen-12 bermula ~RM8,419

    Jenama Razer terkenal dengan pembuatan komputer riba gaming dan peranti unik yang lain. Pada CES 2022, syarikat itu telah mengumumkan Blade 14, Blade 15 dan Blade 17 dengan perkakasan serba baharu.

    Dikuasakan oleh AMD dan Intel, Blade 14 dilengkapi cipset AMD Ryzen siri 6000 dan Ryzen 9 6900HX digunakan pada segmen tertingginya. Kedua-dua Blade 15 dan Blade 17 dilengkapi dengan cipset Intel Core H-Series Generasi ke-12 terbaharu dan cipset bagi komputer riba terandal mereka memakai Intel Core i9-12900H dengan kiraan 14 teras yang mencatatkan kadar 5.0GHz.

    Blade 14 kini dipertingkatkan dengan RAM DDR5 16GB bersama suis MUX untuk digunakan bersama GPU pada paparan 14 inci. Bercakap mengenai paparan, Blade 15 menawarkan paparan FHD 360Hz dan QHD 240Hz serta UHD 144Hz. Bagi Blade 17 pula, ia dikatakan memenuhi keperluan pencipta kandungan dan pemain profesional yang mencari pengganti desktop terbaik.

    Blade 14, 15 dan 17 hadir bersama Windows 11 termasuk DirectStorage, Xbox GameBar dan Xbox Game Pass. Bahagian tepi setiap Razer Blade dipenuhi dengan pelbagai input, daripada USB-C hingga HDMI 2.1 dan pembaca kad SD UHS-II berkelajuan tinggi. Papan kekuncinya mempunyai Razer Chroma RGB dan sistem bunyi komputer riba itu ditala oleh THX Spatial Audio.

    Bagi harga dan ketersediaan, ia masih belum rasmi di Malaysia tetapi di bawah ini adalah tanda harga untuk pasaran Amerika Syarikat dan Eropah:

    • Razer Blade 14 bermula pada $1,999.99/2,199.99€ (~RM8419/~RM10466) dan akan tersedia untuk tempahan di Razer.com, lokasi Razer Store dan peruncit terpilih pada 10 Februari dan untuk pembelian daripada peruncit terpilih pada suku pertama 2022.
    • Razer Blade 15 bermula pada $2,499.99/2,799.99€ (~RM10524/~RM13320). Tersedia untuk tempahan secara eksklusif di lokasi Razer.com, Razer Store pada 25 Januari dan untuk pembelian daripada peruncit terpilih pada suku pertama 2022.
    • Razer Blade 17 baharu bermula pada $2,699.99/2,999.99€ (~RM11366/~RM14271). Tersedia untuk prapesanan secara eksklusif di lokasi Razer.com, Razer Store pada 25 Januari dan untuk pembelian daripada peruncit terpilih pada suku pertama 2022.

    Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Razer Blades yang serba baharu, anda boleh pergi ke laman rasmi Razer. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured