More

    Reka bentuk Lenovo Legion Y90 didedah dalam video pengacah rasmi

    Bulan lalu, Lenovo mengacah telefon pintar gaming Legion Y90 dengan skrin 144Hz dan berkata ia akan diumumkan pada 1 Januari. Namun, itu tidak berlaku dan sementara kami menunggu tarikh pelancarannya, Lenovo telah menyiarkan video pendek di Weibo yang memberikan kita gambaran sekilas tentang reka bentuk Legion Y90.

    Kita dapat lihat bahawa reka bentuknya mempunyai skrin rata dengan bucu bulat, bezel nipis di bahagian atas dan kamera swafoto di sebelah kanan atas. Di belakangnya terdapat, bonggolan besar yang menempatkan kamera dan cahaya berbentuk Y. Kami juga melihat garisan bercorak antena dan mungkin menggunakan binaan logam.

    Anda boleh menonton klip video di atas ini. Lenovo Legion Y90 akan hadir dengan sistem operasi ZUI yang mana ia akan disertakan dengan beberapa tweak untuk pengalaman gaming yang lebih baik.

    Sebelum ini, Lenovo mengesahkan bahawa Legion Y90 akan didatangkan dengan sistem penyejuk udara dwi-enjin untuk prestasi yang mampan. Ia akan memuatkan skrin 6.92 inci E4 AMOLED dengan kadar pensampelan sentuhan 720Hz dan menyokong kandungan HDR.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon gaming Lenovo ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Lepas 10 tahun guna logo sama, Instagram akhirnya buat perubahan besar

    Instagram secara rasmi memperkenalkan reka bentuk logo teks (wordmark) baharu yang memaparkan nama platform tersebut pada bahagian atas aplikasi. Penukaran ini merupakan...

    nubia A77 5G tiba di Malaysia dengan Unisoc T8300 Ultimate dan skrin 120Hz berharga...

    nubia secara rasmi melancarkan peranti kelas pertengahan baharu iaitu nubia A77 5G untuk pasaran tempatan. Telefon pintar ini dibangunkan sebagai pilihan peranti...

    Google Pixel Watch 5 dan Pixel Tag dilancar dengan harga bermula RM139

    Google secara rasmi melancarkan jam pintar Pixel Watch 5 dan peranti penjejak pintar pertama mereka, Pixel Tag. Pixel Watch 5 hadir dalam...

    Google Pixel 11 Pro Fold turut rasmi dengan dengan cip Tensor G6 dan IP68...

    Selain siri Pixel 11 standard, Google turut mengumumkan telefon pintar boleh lipat baharu Pixel 11 Pro Fold untuk pasaran Malaysia. Peranti ini...

    Google Pixel 11 rasmi di Malaysia dengan cip Tensor G6 dan lampu HiLight LED...

    Google secara rasmi melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di Malaysia yang merangkumi Pixel 11, Pixel 11 Pro dan Pixel 11 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured