fbpx
More

    7 satelit Malaysia di orbit Bumi kini tidak lagi berfungsi

    Agensi Angkasa Malaysia (MySA) mengatakan bahawa tujuh satelit Malaysia yang masih mengorbit Bumi kini dilaporkan tidak lagi aktif dan sudah memasuki fasa akhir hayat (end-of-life). Pada masa ini, Malaysia masih mempunyai dua satelit yang aktif iaitu Measat-3B dan Measat-3A.

    Kedua-dua satelit masih berada dalam kedudukan orbit geosynchronous (GEO) iaitu kedudukan yang dipenuhi banyak satelit aktif. Satelit lain dari Malaysia pula masih berada pada kedudukan sama sejak ia dilancarkan manakala satu satelit, Measat-2, telah berada pada orbit perkuburan.

    Malaysia kini sedang berada dalam perancangan bersama beberapa buah negara untuk membuang satelit yang tidak aktif atau sisa angkasa (space debris) agar ia tidak mengganggu operasi satelit yang masih aktif.

    Antara langkah yang dirancang termasuklah sebuah teknologi Jepun untuk melancarkan misi satelit bagi mengutip satelit lama atau melaksanakan roket isian semula bahan api untuk menggerakkan satelit tidak aktif dalam orbit GEO.

    Ketua Pengarah MySA Azlikamil Napiah berkata Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan (FCC) Amerika Syarikat menguatkuasakan agar sebarang satelit yang tidak lagi aktif perlu melaksanakan proses keluar orbit ke bumi dalam tempoh satu tahun.

    Sementara itu, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan MySA sedang membangunkan satu kertas perancangan (blueprint) tentang eksplorasi angkasa negara yang bernama Malaysia Space-X 2030. Ia merangkumi pelan 10 tahun untuk Program Pembangunan Satelit Penderiaan Jauh Negara (PJPJN), infrastruktur Sistem Satelit Navigasi Global (GNSS) serta peningkatan kapasiti penyelidikan.

    Rang Undang-Undang (RUU) Lembaga Angkasa Malaysia pula telah diluluskan di Dewan Rakyat pada 28 Oktober 2021 dan Dewan Negara pada 9 Disember 2021, di mana ia turut merangkumi hal ehwal satelit dan ia akan memastikan pemilik satelit untuk bertanggungjawab ke atas satelit mereka daripada fasa pembinaan hinggalah tamat operasinya.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Harian Metro

     

    Artikel Terkini

    JPJ dan MOT tidak pernah beri kelulusan kepada BJAK untuk pembaharuan LKM dan cukai...

    Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia memberikan perhatian serius terhadap iklan yang dikeluarkan oleh BJAK Sdn. Bhd. berkaitan perkhidmatan pembaharuan Lesen Kenderaan Motor...

    Menteri Pendidikan Tinggi umum Fakulti AI pertama Malaysia akan dilancar pada 10 Mei ini

    Kerajaan Malaysia memberi tumpuan kepada peningkatan kemahiran tempatan dalam bidang kecerdasan buatan (AI) untuk menyokong permintaan tenaga kerja yang akan dipacu oleh...

    Rekaan dan spesifikasi vivo X100s, X100 Ultra tertiris, storan sehingga 1TB

    vivo dijangka bakal melancarkan siri telefon pintar andalan vivo X100s, vivo X100s Pro dan vivo X100 Ultra pada bulan ini. Ia bakal...

    Apple berusaha untuk keluarkan peranti lipat 20.3″ pada 2025 dan iPhone lipat pada 2026

    Apple sedang meningkatkan usahanya dalam membangunkan peranti boleh lipat, di mana penganalisis Haitong International Securities Jeff Pu mengatakan Apple sedang bersiap sedia...

    Apple Beats Solo Buds dan Beats Solo 4 akan dijual di Malaysia harga bermula...

    Apple telah menyenaraikan dua fon telinga wayarles iaitu Beats Solo Buds dan Beats Solo 4 On-Ear untuk pasaran Malaysia. Masing-masing membawa reka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X