More

    Dell umumkan komputer riba XPS 13 Plus dan monitor UltraSharp dalam acara CES 2022

    Dell telah mengeluarkan komputer baharu XPS 13 Plus semasa acara CES 2022. XPS 13 Plus merupakan antara komputer riba Dell yang berprestasi tinggi diilhamkan oleh Gen-Z. Komputer riba ini moden, bergaya dan kelihatan premium.

    Bahagian dalaman yang ringkas dengan paparan tepi ke tepi (edge-to-edge) menampilkan Express Charge 2.0 yang boleh mengecas sekitar 80% hayat bateri dalam masa kurang daripada sejam. XPS 13 Plus adalah sama ringan dan nipis mudah untuk di bawa kemana-mana sahaja. Ia direka bentuk untuk menjadi minimalis dan moden. Papan kekunci, baris fungsi, pad sentuh dan tempat letak tapak tangan dengan lengkungan di tepi memberikan keselesaan kepada pengguna. 

    Ia hadir dalam warna terang Platinum dan gelap Graphite dengan kemasan premium dan estetik. Ia mempunyai cap kekunci yang lebih besar (zero-lattice), papan kekunci, ketukan kekunci yang cekap membolehkan anda bertukar antara media dan kekunci fungsi dengan mudah. Pad jejak tradisional telah digantikan dengan pad sentuh kaca lancar yang memberikan tindak balas haptik kepada sentuhan.

    Paparan InfinityEdge 4 sisi perintis Dell nemampilkan paparan tanpa bingkai dan Dell mengurangkan bilangan lapisan daripada skrin paparan untuk meningkatkan kejelasan dan mengurangkan berat. Ia dilengkapi dengan empat pembesar suara yang dipertingkatkan di mana dua pembesar suara di bawah papan kekunci dan pembesar suara yang lain dihalakan ke bahagian bawah komputer.

    Dell telah mencipta proses pembuatan yang lebih mudah dan cekap dengan mengurangkan sisa buangan dan jejak karbon keseluruhan. Pembungkusan baharu diperbuat daripada 100% bahan yang dikitar semula atau bahan boleh diperbaharui dengan dokumentasi kertas yang boleh diikitar semula.

    Dell turut menerima CES Innovation Award Honoree bagi produk Dell UltraSharp 32 4K Video Conferencing Monitor yang menampilkan Webcam UltraSharp, mikrofon dwi yang membatalkan gema dan pembesar suara 14W. Teknologi IPS Black dan VESA DisplayHDR 400 memberikan anda resolusi 4K, kontras dan warna manakala ComfortView Plus pada monitor mengurangkan pancaran cahaya biru dan mengekalkan ketepatan warna.

    Ultrasharp baharu diiktiraf Microsoft Teams dan disertakan dengan ciri privasi dan produktiviti membolehkan anda menghidupkan dan mematikan dengan mudah menggunakan SafeShutter serta log masuk dan keluar dengan lancar. Akhir sekali, terdapat Dell Migrate untuk membantu anda memindahkan data dan fail dari mana-mana peranti Windows ke peranti XPS anda.

    Harga bagi XPS 13 Plus dan Dell UltraSharp 32 4K Video Conferencing Monitor masih tidak diketahui namun peranti ini bakal tiba di Malaysia pada Mac 2022 nanti. Lawati laman web rasmi Dell untuk ketahui lebih lanjut dan membuat pembelian prduk Dell. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    REDMI Headphones Neo, Buds 8 dan Watch 6 dilancar di Malaysia, bermula RM239

    Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran tiga peranti boleh pakai baharu di bawah sub jenama REDMI untuk pasaran Malaysia termasuk fon kepala over-ear...

    Catcha Digital catat untung 128 peratus hasil ambil alih syarikat media Malaysia

    Catcha Digital Berhad mencatatkan prestasi kewangan paling kukuh setakat ini apabila merekodkan pertumbuhan keuntungan sebanyak 128% bagi suku pertama tahun kewangan 2026...

    Cristiano Ronaldo kini jadi duta global Dreame Technology

    Dreame Technology mengumumkan kerjasama global bersama legenda bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo dalam usaha memperkukuh kedudukan mereka dalam pasaran perkakasan rumah pintar...

    Xiaomi Watch S5, Smart Band 10 Pro dan Buds 6 turut rasmi di Malaysia,...

    Selain siri 17T, Xiaomi turut mengumumkan pelancaran beberapa produk baharu di Malaysia menerusi pengenalan Xiaomi Watch S5 46mm, Xiaomi Smart Band 10...

    Siri Xiaomi 17T rasmi di Malaysia dengan Dimensity 9500, kamera Leica dan bateri 7,000mAh...

    Siri Xiaomi 17T secara rasmi dilancarkan di Malaysia dengan dua pilihan model iaitu Xiaomi 17T dan Xiaomi 17T Pro. Model paling berkuasa...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...