More

    HONOR Magic V dilancar: Telefon lipat pertama dengan Snapdragon 8 Gen 1 bermula ~RM6,595

    Pada hari ini, HONOR telah melancarkan telefon pintar lipatnya yang pertama iaitu HONOR Magic V. Ia menampilkan pelbagai spesifikasi andalan seperti kebanyakan telefon lipat lain, namun satu ciri yang unik tentangnya adalah ia merupakan telefon lipat pertama yang dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1.

    Untuk skrin pula, skrin hadapannya mempunyai panel OLED, berukuran 6.45 inci, resolusi 2560×1080, nisbah aspek 21.3:9 dan kadar segar semula 120Hz. Skrin utamanya pula berukuran 7.9 inci, resolusi 2272×1984, nisbah aspek 10.3:9 dan kadar segar semula 90Hz.

    Selain ukuran yang agak besar, skrin telefon ini mempunyai gamut warna DCI-P3, pengiktirafan HDR10+ dan boleh menjana 1 bilion warna. Kedua-dua skrin hadapan dan utama mempunyai kamera swafoto 42MP yang berada dalam lubang tebuk (punch hole) kecil di bahagian atas.

    HONOR Magic V turut mempunyai spesifikasi kamera yang agak mengagumkan, di mana ia terdiri daripada kamera utama 50MP, kamera ultra-lebar 50MP dan kamera peningkatan spektrum (spectrum enhanced) 50MP. Kameranya juga menyokong profil warna IMAX Enhanced untuk rakaman video yang lebih sinematik.

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk HONOR Magic V:

    • Skrin hadapan OLED 6.45 inci resolusi 2560×1080, nisbah aspek 21.3:9, kadar segar semula 120Hz
    • Skrin utama OLED 7.9 inci, resolusi 2272×1984, nisbah aspek 10.3:9, kadar segar semula 90Hz
    • Cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1
    • Gabungan memori 12GB+256GB dan 12GB+512GB
    • Kamera utama 50MP + kamera ultra-lebar 50MP + kamera peningkatan spektrum 50MP
    • Kamera swafoto 42MP, terdapat pada skrin hadapan dan utama
    • Bateri 4,750mAh
    • Pengecasan pantas 66W
    • Pengimbas cap jari di sisi
    • Perisian MagicUI 6.0 berdasarkan Android 12
    • Warna jingga Burnt Orange, perak Space Silver atau hitam
    • Harga
    • 12GB+256GB: CNY9,999 (~RM6,595)
    • 12GB+512GB: CNY10,999 (~RM7,255)

    Setakat ini, HONOR Magic V hanya akan dijual di China dan tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured