More

    Jangan terpedaya dengan iklan pekerjaan atau ganjaran palsu melibatkan Shopee!

    Perkhidmatan e-dagang Shopee ingin menasihati para pelanggan untuk tidak terpedaya dengan beberapa pihak yang berpura-pura sebagai wakil Shopee dan mengiklankan pelbagai maklumat palsu seperti peluang pekerjaan, ganjaran tunai dan hadiah cabutan bertuah. Maklumat tersebut disebarkan melalui pelbagai platform pemesejan seperti WhatsApp.

    Shopee mengingatkan para pelanggan bahawa mereka tidak mengupah sebarang individu untuk mengiklankan penjual (merchant) melalui platform pemesejan.

    Untuk peraduan seperti cabutan bertuah (lucky draw), sentuh dan menang (tap and win) serta pusing dan menang (spin and win), Shopee hanya akan menganjurkannya melalui aplikasi Shopee rasmi, laman media sosial rasmi Shopee serta akaun WhatsApp Shopee rasmi yang telah diiktiraf (official Shopee WhatsApp verified business account) yang mempunyai tanda verified.

    Berikut adalah contoh platform rasmi Shopee:

    Untuk hal-hal kerjaya pula, Shopee hanya akan mengiklankan kekosongan jawatan di laman web Shopee Malaysia. Jika anda ada ternampak iklan pekerjaan Shopee yang mencurigakan, anda boleh hubungi jabatan tenaga kerja Shopee melalui emel [email protected] untuk pengesahan.

    Shopee juga menggalakkan para pelanggan untuk semak nombor akaun atau nombor telefon yang mencurigakan dengan pihak polis melalui:

    • SemakMule untuk semak nombor telefon atau akaun bank yang terlibat dengan jenayah komersial
    • CCID Infoline (013 211 1222), sebuah saluran WhatsApp PDRM untuk semak status laporan polis melibatkan jenayah komersial
    • Pusat Tindak Balas Scam CCID (03 2610 1559 atau 03 2610 1599) untuk membuat laporan atau mendapatkan maklumat tentang scam dalam talian

    Kami berharap para pembaca akan terus berwaspada terhadap iklan palsu dalam internet. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Samsung janji 5 tahun sokongan kemas kini Untuk Galaxy Watch9 Dan Watch Ultra2

    Samsung secara rasmi mengumumkan peningkatan polisi sokongan perisian bagi jam tangan pintar terbaharunya iaitu Galaxy Watch9 dan Galaxy Watch Ultra2 sewaktu acara...

    Qualcomm bakal lancar SD 8 Elite Gen 5 lebih murah untuk telefon “flagship killer”

    Qualcomm didakwa sedang menghasilkan versi baharu bagi cipset Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dijadualkan dilancarkan ke pasaran lewat tahun ini. Cip...

    Google kini benarkan log masuk akaun guna video selfie

    Google secara rasmi memperkenalkan kaedah log masuk baharu menerusi rakaman video selfie bagi pengguna yang terputus akses atau terkunci daripada Akaun Google...

    Siri HUAWEI Pura 90s tersedia di Malaysia — Dilengkapi kamera 200MP bermula RM3,699

    HUAWEI secara rasmi melancarkan siri HUAWEI Pura 90s dan fon telinga terbuka HUAWEI FreeClip 2 S untuk pasaran Malaysia. Model utama HUAWEI...

    HMD mahu hidupkan semula pengalaman Nokia Lumia pada Android

    HMD Global dilaporkan sedang menguji antaramuka pengguna berasaskan rekaan tile yang menyerupai konsep Live Tiles daripada era Lumia dan Windows Phone. Maklumat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured