More

    Pelancaran cipset Samsung Exynos 2200 dilapor akan ditangguhkan

    Samsung Semiconductor sepatutnya memperkenalkan Exynos 2200 hari ini, tetapi ia tidak berlaku. Menurut Ice Universe, pelancarannya telah ditangguhkan. Malah, tweet asal yang menunjukkan tarikh 11 Januari telah dipadamkan daripada akaun Twitter rasmi syarikat itu.

    Menurut media Korea, Samsung akan memperkenalkan siri Galaxy S22 pada 8 Februari dengan jualan akan bermula pada 24hb. Tahun lepas, Exynos 2100 diumumkan pada 12 Januari dan siri S21 dilancarkan dua hari kemudian. Jadi, masih ada masa untuk mendedahkan cip 2200 sebelum siri S22 dilancarkan secara rasmi.

    Walaupun begitu, perubahan pada minit terakhir dalam jadual menunjukkan terdapat masalah dalam penghasilannya. Seperti sebelum ini, The Cat mendedahkan bahawa Exynos 1200 iaitu cipset untuk telefon pertengahan yang dikhabar akan dilancarkan tahun lepas pada bulan November.

    Ia muncul pada beberapa penanda aras yang pada telefon Galaxy M33 5G dan A53 5G. Walau bagaimanapun, cipset mahupun telefon itu masih belum diumumkan. Kini, Exynos 2200 juga mengalami masalah yang sama kerana terpaksa menunda tarikh pelancarannya. Adakah cipset ini akan siap tepat pada masanya untuk pelancaran Galaxy S22?

    Persoalan lain mengenai cipset ini adalah berapa banyak unit yang boleh dihasilkan kerana potensi kekurangan cipset akan menyebabkan ketersediaan terhad bagi telefon andalan baharu itu. Namun, terdapat kira-kira sebulan sebelum S22 tersedia untuk dibeli di kedai. Kami percaya Samsung masih mempunyai masa untuk menyelesaikan masalah tersebut.

    Nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia dan kongsi pendapat anda diFacebook kami.

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured