More

    Ulasan JBL Charge 5 – Pembesar suara Bluetooth kalis air dan kualiti bass yang mantap

    Baru-baru ini, kami telah diberi peluang untuk mencuba dan merasai sendiri pengalaman menggunakan produk daripada syarikat pengeluar audio terkenal iaitu JBL. Syarikat tersebut telah mengirimkan sebuah bungkusan yang di dalamnya terdapat pembesar suara Bluetooth bersama fon telinga wayarles premium.

    Produk tersebut ialah JBL Tour Pro+ dan Charge 5. Menariknya, bungkusan tersebut nampak begitu istimewa kerana terdapat perkataan “Off the Charts for 75 Years”. Saya menjangkakan bahawa bungkusan ini adalah edisi khas bagi menyambut ulang tahun JBL ke-75. Jadi, marilah kita mengetahui sedikit sebanyak mengenai JBL Charge 5 ini.

    Pakej istimewa sambutan ulang tahun ke-75
    Reka bentuk depan JBL Charge 5
    Bahagian tepi JBL Charge 5

    Apabila bercakap tentang pembesar suara Bluetooth yang mudah alih, lasak dan kalis air, JBL adalah contoh yang terbaik anda boleh dapatkan. Pakar audio AS mendakwa JBL Charge 5 lebih tahan lama dan bunyi yang dihasilkan juga lebih baik daripada Charge 4 sebelum ini. Charge 5 mempunyai penarafan IPX7 yang mana ia kalis air dan habuk IP67 serta mampu tenggelam sehingga kedalaman 1.5m.

    Ia tersedia dalam lapan warna berbeza dan kami berpeluang untuk memiliki warna hitam di dalam kotak edisi khas bersempena sambutan ulang tahun JBL yang ke-75 bersama fon telinga wayarles JBL Tour Pro+. Bahagian bawahnya mempunyai getah yang bercorak garisan untuk menghalang ianya daripada mudah bergerak apabila anda meletakkannya di sesuatu tempat.

    Bahagian bawah JBL Charge 5

    Pembesar suara JBL Charge 5 ini tidak mempunyai port 3.5mm, ianya hadir dengan port pengecasan USB-C dan USB-A di bawah penutup getah (bagi menghalang kemasukan air). Menariknya, port USB-A yang dilindung oleh penutup getah boleh digunakan untuk mengecas peranti anda. Ia seolah-olah boleh digunakan sebagai powerbank!

    Bahagian kiri dan kanannya disaluti getah yang tebal bagi menahan impak ketika terjatuh dah dijadikan sebagai subwoofer yang 100% kalis air. Badannya berukuran 22cm x 9.6cm x 9.3cm dan seberat Weight 960 gram. Pemacu bass-nya berukuran 52mm x 90mm dan terdapat tweeter 20mm baharu. Kedua-dua unit ini mempunyai kuasa 30W untuk woofer dan 10W untuk tweeter.

    Terdapat juga Bluetooth 5.1 dan bateri 7500mAh yang menawarkan 20 jam main balik dengan sekali pengecasan. Charge 5 turut menampilkan butang JBL PartyBoost pada panel kawalan di atas pembesar suara. Teknologi rantaian-daisy (daisy-chaining) JBL yang dikemas kini membolehkan anda menyambungkan sehingga 100 pembesar yang lain melalui sambungan Bluetooth dan anda telah sedia untuk berpesta!

    JBL menyatakan bahawa ciri PartyBoost ini terhad kepada pembesar suara Boombox 2, Flip 5 dan Pulse 4. Perkara yang anda tidak boleh lakukan ialah menyambungkan Charge 5 kepada Charge 4 (versi yang terdahulu) atau mana-mana JBL yang hadir dengan ciri Connect+ yang mana ia ciri tak sepadan.

    "
    "

    Terdapat sokongan untuk Charge 5 pada aplikasi JBL Portable yang dahulunya dipanggil JBL Connect. Kemas kini ini bagus kerana jika anda menggunakan PartyBoost daripada telefon anda, ia akan secara automatik menyokong pembesar suara JBL yang lain termasuk Flip 5. Saya cuba memainkan lagu Twenty One Pilots – Ride dan kehebatan Charge 5 terserlah.

    Ia memiliki peningkatan yang ketara terutama intro riff hip-hop. Vokal juga lebih jelas dan susunan equalizer ditetapkan dengan sangat baik memberikan pengalaman audio yang luas untuk pembesar suara mudah alih bersaiz ini. Suara Brendon Urie dalam This is Gospel telah meletakkan pembesar suara ini di peringkat yang lain jika dibandingkan dengan pembesar yang saya telah cuba sebelum ini.

    Penghasilan bunyi melalui pembesar suara ini sangat baik dan saya boleh dengar setiap instrumen yang dimainkan. Rasa seperti saya sedang berada di dalam konsertnya! Gitar bass yang dimainkan dalam lagu ini terasa seperti tiga dimensi dan itu hanyalah beberapa instrumen yang dimainkan bersama-sama bunyi daripada penonton dan sekali-sekala drum mengisi dalam gabungan yang mantap.

    Bunyi yang dihasilkan oleh tweeter baharu Charge 5 akan hilang sebaik sahaja bunyi woofer mengambil alih. Ia menghasilkan frekuensi tiga kali ganda yang lebih bersih dan jelas. Vokal Brendon Urie yang sangat padu menjadi simbolik setiap nyanyiannya dan muzik yang pelbagai menghasilkan kesan yang sangat sempurna pada Charge 5. Vokal penyanyi sandaran wanita dalam korus yang di dalam konsertnya juga boleh jelas didengar.

    Dengan harga RM899, JBL Charge 5 adalah pilihan terbaik untuk pembesar suara Bluetooth yang anda boleh dapatkan di pasaran dalam harga tersebut. Ia mempunyai kualiti audio yang baik daripada segi bass dan estetik. Saya sangat mengalu-alukan anda untuk membeli pembesar suara ini jika anda memikirkan tentang kualiti audio. Kepada yang berminat untuk memilikinya, anda boleh di laman rasmi JBL Malaysia, Shopee dan Lazada.

    Spesifikasi:

    • Transduser: 52mm x 90mm woofer, 20mm tweeter
    • Kuasa output: 30W RMS untuk woofer, 10W RMS untuk tweeter
    • Respons frekuensi: 60Hz – 20kHz
    • Nisbah isyarat-kepada-bunyi: >80dBB
    • Jenis bateri: Li-ion polimer 27 Wh (bersamaan 3.6Wh V/7500 mAh)
    • Masa pengecasan bateri: 4 jam (5V/3A)
    • Masa main muzik: sehingga 20 jam (bergantung pada tahap kelantangan dan kandungan audio)
    • Port USB-C: 5V/2A (maksimum)
    • Bluetooth versi: 5.1, A2DP 1.3, AVRCP 1.6
    • Ukuran: 22cm x 9.6cm x 9.3cm
    • Berat: 0.96kg

    Kebaikan: Rekaan menarik dan nampak lasak

    Keburukan: Agak sedikit berat dan besar untuk dipegang

    Kesimpulan: Bunyi yang dihasilkan sangat sempurna dan bass yang cukup mantap

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Acer perkenal 3 tablet Iconia Duo di Computex 2026 — Skrin OLED 14.2”, bateri...

    Acer mengumumkan tiga tablet baharu dalam siri Iconia Duo berasaskan Android di Computex 2026 yang menyasarkan pengguna profesional yang memerlukan peranti mudah...

    HUAWEI nova 15 Max dilancar di Malaysia dengan bateri 8,500mAh berharga RM1,699

    HUAWEI Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan nova 15 Max yang memfokuskan kepada ketahanan bateri, paparan besar dan ciri ketahanan tambahan untuk kegunaan...

    OPPO dan vivo dilapor bangunkan kamera vlog sendiri, bakal cabar dominasi DJI

    Pasaran kamera vlog mudah alih yang didominasi oleh DJI mungkin bakal menjadi lebih sengit apabila dua pengeluar telefon pintar China, OPPO dan...

    Siri realme P4 rasmi di Malaysia: P4 Power 5G tampil dengan bateri 10,001mAh pertama...

    realme telah melancarkan siri P4 di Malaysia yang terdiri daripada tiga model iaitu realme P4 Power 5G, realme P4x dan realme P4...

    REDMI Headphones Neo, Buds 8 dan Watch 6 dilancar di Malaysia, bermula RM239

    Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran tiga peranti boleh pakai baharu di bawah sub jenama REDMI untuk pasaran Malaysia termasuk fon kepala over-ear...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...