More

    Reka bentuk iPhone SE 3 2022 didedah, mungkin miliki paparan 4.7″ dengan “notch” di hadapan

    Apple mungkin akan melancarkan telefon pintar iPhone SE 2022 baharu yang menggunakan cip A15 Bionic yang menyokong rangkaian 5G. Banyak laporan mengatakan bahawa iPhone SE 2022 akan kekal menggunakan paparan LCD 4.7 inci yang sama seperti iPhone 8 manakala terdapat berita lain yang menunjukkan peranti akan menggunakan paparan yang sama seperti iPhone XR.

    Menurut @xleaks7 di Twitter, iPhone SE 3 akan hadir dengan paparan LCD dan bukannya OLED yang lebih kecil daripada iPhone XR 5.69 inci. Paparan hadapan telefon membawa reka bentuk takuk (notch) yang dilengkapi dengan sistem pengesahan biometrik Face ID. Berkemungkinan juga Apple akan menggunakan sensor cap jari di bahagian tepi sama seperti pada iPad baharu manakala di bahagian belakang terdapat satu sensor foto.

    Agak sukar untuk kami pastikan sama ada iPhone 3 SE 2022 diinspirasikan oleh iPhone X atau kekal dengan reka bentuk seperti iPhone SE 2020. Mungkin juga iPhone SE akan mengguna pakai paparan iPhone sebelum ini apabila menjelang tahun 2024. Apple turut meninggalkan reka bentuk takuk (notch) kepada dua lubang pada skrin iPhone 14 Pro dan 14 Pro Max akan datang.

    Wartawan Bloomberg, Mark Gurman, meramalkan bahawa iPhone SE 3 2022 akan dilancarkan pada penggal pertama tahun ini atau lebih awal lagi iaitu pada Mac atau April sekiranya tiada sebarang masalah. Sumber turut menyatakan persidangan WWDC 2022 untuk pembangun akan diadakan secara dalam talian.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured