More

    Pelekat RFID yang rosak pada kereta boleh digantikan secara percuma

    Para pemandu yang menggunakan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan mengalami kerosakan pada pelekat Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) di kenderaan sewaktu ingin membayar tol, kini boleh menggantikan pelekat tersebut secara percuma.

    Menurut wakil daripada pihak PLUS, buat masa ini setiap lorong RFID di plaza tol akan dibantu oleh kakitangan yang mempunyai mesin pengimbas RFID mudah alih. Jika pengimbas pada plaza tol atau pengimbas mudah alih itu gagal membaca pelekat RFID, pemandu akan menerima kupon untuk pemeriksaan penuh di pusat pemasangan Touch N Go.

    Jika pelekat RFID itu masih gagal dibaca di pusat pemasangan, pelekat akan digantikan secara percuma.

    Sejak pengenalannya di lebuhraya PLUS pada 15 Januari lalu, pihak PLUS mengatakan sebanyak 10 peratus daripada seluruh jumlah pemandu telah pun berpindah kepada transaksi RFID. Sungguh pun begitu, masih terdapat kesesakan di lorong RFID dalam plaza tol dan pihak PLUS telah pun meningkatkan jumlah kakitangan dan lorong di plaza tol untuk membantu para pemandu.

    Kemudahan tol RFID ini membenarkan pengguna untuk memandu terus di plaza tol pada kelajuan 30km/j dan matlamatnya adalah untuk mengurangkan kesesakan di plaza tol serta menggalakkan transaksi tanpa sentuh.

    Adakah anda sudah pun menggunakan teknologi RFID ini dalam kenderaan anda? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Harian Metro

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured