More

    Samsung Unpacked 2022 pada Februari ini, bakal lancarkan Galaxy S22 Ultra

    Samsung merancang acara pelancaran telefon utama bulan depan seperti yang telah dikhabarkan beberapa kali. Walaupun syarikat itu belum lagi mengesahkan tarikh tepat untuk acara Unpacked seterusnya, TM Roh, Presiden dan Ketua Perniagaan MX untuk Samsung Electronics, menulis catatan blog yang menarik hari ini disertakan video pengacah yang anda boleh lihat di bawah.

    Pada Unpacked 2022 Februari ini, Roh berjanji bahawa kita akan dapat melihat peranti siri S paling penting yang pernah dibuat oleh Samsung. Namun, terdapat kenyataan tambahan daripada beliau yang mengatakan “generasi Galaxy S yang akan datang menghimpunkan pengalaman terhebat Samsung Galaxy kami ke dalam satu peranti terhebat”.

    Malah, Galaxy S22 Ultra dikhabarkan akan mengguna pakai reka bentuk yang serupa dengan Galaxy Note20 Ultra (Note terakhir yang pernah dibuat) sambil menggabungkan stylus terbina dalam dengan kadar respon sentuhan tertinggi.

    Catatan blog Roh berakhir dengan ayat berikut: “Bersedialah untuk pengalaman Ultra yang menyeluruh” dan kami berpendapat itu mengesahkan bahawa nama telefon pintar ultra canggih Samsung seterusnya ialah S22 Ultra dan bukan S22 Note seperti yang dikhabarkan sebelum ini.

    Peranti ini memiliki keupayaan mengambil foto dan video terbaik serta paling terang yang pernah dirakam dengan telefon. Selain itu, ia juga berkuasa, lancar dan anda tidak jumpa telefon berkuasa seperti ini pada jenama lain.

    Samsung juga menyatakan peranti yang bakal dilancar mempunyai inovasi termaju yang pernah diwujudkan hasil daripada penyelidikan dan pembangunan Galaxy yang sudah lama dibangunkan. Samsung berjanji akan memberikan pengalaman ekosistem Galaxy yang paling mampan dan terbaik kepada penggunanya.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured