More

    Geely beli Meizu, akan masuk pasaran telefon pintar tidak lama lagi

    Geely, syarikat automotif China yang memiliki jenama seperti Lotus, Volvo dan Polestar serta sebahagian daripada saham Proton, kini akan menyertai pasaran telefon pintar. Laporan daripada salah satu laman web China mendedahkan Geely merancang untuk membeli Meizu iaitu syarikat telefon pintar yang telah wujud selama hampir 20 tahun.

    Geely menjangkakan untuk melancarkan telefon pintar pertamanya pada 2023. Syarikat China itu telah mengintai perniagaan telefon pintar untuk beberapa ketika dan mencipta entiti berasingan yang dipanggil Xingji Times khusus untuknya. Ia merampas beberapa eksekutif utama daripada ZTE, Xiaomi dan OPPO untuk membantu usahanya.

    Sumber itu mendedahkan Geely telah melabur hampir CNY10 bilion (~RM6.6 juta) dalam perusahaan baharu ini tidak termasuk potensi kos pemerolehan Meizu. Jurucakap kedua-dua pihak enggan mengulas mengenai perkara itu.

    Li Shufu, Pengerusi Geely Holding Group, berkata telefon bimbit adalah peranti inovasi perisian yang membolehkan pengguna mengalami teknologi sebaik sahaja ia boleh tersuai dengan kehidupan dan dia mahu melakukan perkara yang sama kepada pasaran automotif.

    Geely masih berusaha mencari rakan kongsi untuk mengeluarkan telefon pintarnya dan Foxconn mungkin akan menjadi pilihan. Keseluruhan proses R&D akan dikendalikan secara dalaman. Pada masa ini, Meizu hanya mampu menjual telefon bawah 1 juta unit setahun yang mana sebelum ini ia mampu menjual hampir 20 juta unit beberapa tahun lalu.

    Isu utama di hadapi oleh Meizu ialah kapasiti pengeluaran modul OIS yang terhad dan kempen pemasaran yang tidak berjaya. Sebagai contoh, Meizu 18 dilancarkan pada Mac 2021 dengan OS yang bersih tanpa ada aplikasi prapasang dan tiada iklan, tetapi ia tidak pernah berjaya menarik perhatian pengguna tempatan dan kehilangan tempat lagi.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Siri Xiaomi 18 Pro dilancar: SD 8 Elite Gen 6, dwi-kamera Leica 200MP dan...

    Xiaomi melancarkan siri peranti mercu baharu di China menerusi model Xiaomi 18 Pro dan Xiaomi 18 Pro Max. Kedua-dua telefon pintar ini...

    OPPO Find X10 Pro Max tiba sebagai telefon pertama di dunia dengan tiga kamera...

    OPPO secara rasmi memperkenal peranti mercu terbaharu Find X10 Pro Max yang dijana oleh cip pemprosesan MediaTek Dimensity 9600 Pro. Sistem kamera...

    MediaTek umum Dimensity CX C10 Max, cip 3nm pertama khas untuk Googlebook

    MediaTek melancarkan pemproses baharu Dimensity CX C10 Max yang merupakan cip pertama di bawah siri siri Compute Experience (CX). Pemproses ini dibina...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured