More

    OPPO Find X5 mungkin akan dilancar pada hujung Februari 2022

    Maklumat tentang telefon pintar kelas andalan OPPO Find X5 telah banyak diperkatakan sejak awal tahun 2022 dan kini waktu pelancarannya juga telah tertiris.

    Menurut pengkhabar maklumat teknologi Digital Chat Station, siri OPPO Find X bakal dilancar pada separuh kedua bulan Februari 2022 dan akan terdiri daripada Find X5 Pro, Find X5 dan Find X5 Lite. Beliau turut mengatakan OPPO bakal melancarkan produk baharu selain telefon pintar, namun tidak menyatakan jenisnya secara spesifik.

    Siri OPPO Find X dikhabarkan bakal menjadi telefon pertama yang dilengkapi cipset andalan MediaTek Dimensity 9000 dan NPU MariSilicon X yang dibina oleh OPPO. Sebelum ini, ia telah mendapat pengiktirafan 3C yang menyatakan sokongan untuk pengecasan pantas 80W serta bateri 5,000mAh.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri Find X5 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured