More

    Samsung Galaxy F23 5G tersenarai di Geekbench, dilengkapi Snapdragon 750G

    Siri Samsung Galaxy F terkenal dengan tumpuannya pada kamera dan eksklusif untuk pasaran terpilih. Sebenarnya, tidak banyak peranti asal yang datang dalam siri ini. Kebanyakannya adalah penjenamaan semula telefon pintar siri Galaxy A atau M sedia ada.

    Kini, nampaknya Samsung sedang mengusahakan penjenamaan semula baharu untuk keluaran tahun 2022. Telefon pintar baharu akan tiba dengan nama Galaxy F23 5G dan telah disenaraikan oleh penanda aras Geekbench. Galaxy F23 membawa nombor model SM-E236B.

    Telefon bimbit itu menjalankan ujian penanda aras Geekbench yang membawa cipset Qualcomm Snapdragon 750G. Untuk pengetahuan, cipset ini ialah cip 5G yang lebih menjimatkan kos untuk siri Snapdragon 700. Cipset ini juga digunakan pada telefon pintar Galaxy A52 5G dan OnePlus Nord CE.

    Galaxy F23 5G telah diuji menggunakan piawaian Geekbench 5. Peranti itu memperoleh 640 mata dalam ujian teras tunggal dan 1,820 mata dalam ujian berbilang teras. Penyenaraian itu juga mengesahkan kehadiran cipset Qualcomm Snapdragon Octa-Core dengan nama kod ‘lito’.

    Geekbench mengesahkan telefon ini hadir dengan RAM 6GB, tetapi kami juga boleh menjangkakan terdapat variasi RAM yang lain. Selain itu, cipset ini didatangkan dengan GPU Adreno 619. Menariknya, ia menggunakan paparan antara muka One UI 4 dan beroperasi di atas Android 12.

    Ini adalah kali pertama Galaxy F23 5G muncul dalam talian. Namun, kami menjangkakan lebih banyak butiran akan muncul dalam beberapa minggu akan datang mengenai tarikh pelancarannya dan spesifikasi telefon tersebut.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizchina

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Ulasan Lenovo Yoga 7i 2-in-1 – Laptop paling serba boleh untuk tahun 2026!

    Dalam pasaran komputer riba semasa, kategori 2-in-1 sering kali dilihat sebagai peranti "serba boleh tetapi tiada satu pun yang cemerlang". Namun, Lenovo...

    Bukan iPhone sahaja, harga Mac dan iPad Apple di Malaysia kini naik mendadak

    Harga beberapa peranti Apple di Malaysia kini meningkat yang melibatkan siri Mac, iPad serta beberapa produk lain dengan kenaikan mencecah sehingga RM2,600...

    Samsung Galaxy A27 5G rasmi di Malaysia dengan SD 6 Gen 3, AI dan...

    Samsung secara rasmi mengumumkan pelancaran Samsung Galaxy A27 5G untuk pasaran Malaysia. Peranti dijana cip Qualcomm Snapdragon 6 Gen 3 yang dipadankan...

    Misteri video tular TV “diganggu” terbongkar, ini situasi sebenar yang berlaku

    Baru-baru ini, sebuah video yang tular di media sosial telah mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan netizen. Melalui video tersebut, dua orang lelaki...

    Nvidia belum selesai isu lama, RTX 5090 kembali cetus kontroversi kabel kuasa cair

    Isu kabel kuasa cair pada kad grafik Nvidia nampaknya masih belum berakhir. Walaupun standard 12V-2×6 diperkenalkan untuk menggantikan masalah lama 12VHPWR, laporan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...