fbpx
More

    Digi sumbang RM130,000 untuk khidmat rehabilitasi COVID-19 di Sarawak

    Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) telah menyumbang RM130,000 kepada usaha Pemulihan & Tindakan COVID-19 yang sedang dijalankan oleh MERCY Malaysia. Sumbangan fasa ketiga ini akan disalurkan kepada perkhidmatan kesihatan dan rehabilitasi untuk bekas pesakit COVID-19 terutamanya golongan warga emas dan individu yang mempunyai penyakit kronik atau komorbiditi (bekas pesakit kategori 4 dan 5).

    Sumbangan berjumlah RM1 juta ini telah diperuntukkan kepada Rangkaian Tindak Balas Bencana Syarikat Berkaitan Kerajaan dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GDRN) pada 2020, atas komitmen Yellow Heart oleh Digi untuk menjadi entiti perniagaan yang bertanggungjawab. Keseluruhan dana tersebut telah disalurkan melalui MERCY Malaysia bagi membekalkan bantuan perubatan dan kemanusiaan dalam usaha untuk menyokong Kementerian Kesihatan melawan wabak COVID-19.

    Sumbangan pertama yang bernilai RM250,000 telah digunakan untuk memberi sokongan kepada para petugas barisan hadapan di Sabah dengan pembelian Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) dan kit ujian untuk menjalankan ujian swab bagi golongan yang terpinggir. Lebih daripada 1,000 ujian saringan telah dilakukan ketika Perintah Kawalan Pergerakan yang ketiga berlansgung dan lebih daripada 9,000 unit PPE telah dibelikan untuk petugas barisan hadapan.

    Sumbangan kedua yang bernilai RM620,000 telah digunakan untuk membeli peralatan perubatan bagi hospital-hospital awam di seluruh negara dan memberi sokongan dalam usaha vaksinasi di samping Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF). Lebih daripada 11,000 anggota golongan yang memerlukan termasuk orang kurang upaya (OKU), warga emas dan komuniti luar bandar di Kelantan dan Sabah telah divaksinasi menerusi inisiatif ini.

    Selain inisiatif ini, Digi sebagai penyedia perkhidmatan telekomunikasi, juga telah menyokong kakitangan kesihatan dengan membekalkan peranti serta pelan mudah alih bagi memudahkan penilaian dan kaunseling virtual dengan pesakit sementara menjamin ketersediaan khidmat rangkaian yang kukuh di lokasi-lokasi yang penting seperti hospital, pusat kuarantin, pusat vaksinasi dan kawasan perumahan.

    Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi Yellow Heart oleh Digi. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    JPJ dan MOT tidak pernah beri kelulusan kepada BJAK untuk pembaharuan LKM dan cukai...

    Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia memberikan perhatian serius terhadap iklan yang dikeluarkan oleh BJAK Sdn. Bhd. berkaitan perkhidmatan pembaharuan Lesen Kenderaan Motor...

    Menteri Pendidikan Tinggi umum Fakulti AI pertama Malaysia akan dilancar pada 10 Mei ini

    Kerajaan Malaysia memberi tumpuan kepada peningkatan kemahiran tempatan dalam bidang kecerdasan buatan (AI) untuk menyokong permintaan tenaga kerja yang akan dipacu oleh...

    Rekaan dan spesifikasi vivo X100s, X100 Ultra tertiris, storan sehingga 1TB

    vivo dijangka bakal melancarkan siri telefon pintar andalan vivo X100s, vivo X100s Pro dan vivo X100 Ultra pada bulan ini. Ia bakal...

    Apple berusaha untuk keluarkan peranti lipat 20.3″ pada 2025 dan iPhone lipat pada 2026

    Apple sedang meningkatkan usahanya dalam membangunkan peranti boleh lipat, di mana penganalisis Haitong International Securities Jeff Pu mengatakan Apple sedang bersiap sedia...

    Apple Beats Solo Buds dan Beats Solo 4 akan dijual di Malaysia harga bermula...

    Apple telah menyenaraikan dua fon telinga wayarles iaitu Beats Solo Buds dan Beats Solo 4 On-Ear untuk pasaran Malaysia. Masing-masing membawa reka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X