More

    POCO X4 Pro 5G dengan nombor model 2201116PG dikesan di pensijilan TDRA dan SIRIM Malaysia

    Telefon bimbit Xiaomi dengan bernombor modelkan 2201116PG telah dikesan beberapa kali dan kini muncul di pensijilan Malaysia serta FCC. Varian India peranti telah dikesan sebagai nombor model 2201116PI. DealnTech telah menemui data pensijilan TDRA peranti tersebut mendedahkan bahawa ia mungkin dilancarkan dengan nama POCO X4 Pro 5G.

    Model 2201116PG (edisi global) dan 2201116PI (edisi India) dikesan di pangkalan data IMEI pada November 2021. Pada masa itu, terdapat spekulasi bahawa model-model ini mungkin muncul sebagai telefon bimbit siri POCO X4.

    Jika dilihat balik, Redmi Note 11 Pro 5G mula diperkenalkan di pasaran global dengan harapan memberi pendedahan mengenai telefon pintar 2201116PG/I POCO. Redmi Note 11 Pro 5G membawa nombor model 2201116SG dan 2201116SR manakala 2201116SC bagi varian Cina dan 2201116SI bagi varian India. Walau bagaimanapun, gelaran mereka untuk pasaran Cina dan India belum diketahui lagi.

    Ia telah dilaporkan oleh Xiaomiui pada Disember 2021 bahawa telefon POCO 2201116PI / 2201116PG akan sama dengan Redmi Note 11 Pro 5G. Berdasarkan penyenaraian TDRA, nombor model 2201116PG mungkin menjadi pasaran global dengan nama POCO X4 Pro 5G.

    POCO X4 Pro 5G berkemungkinan menampilkan paparan AMOLED FHD+ 120Hz 6.67 inci, cipset Snapdragon 695, RAM 8GB LPDDR4x, storan UFS 2.1 128GB, Android 11 dengan MIUI 13 dan bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 67W. Ia mempunyai kamera hadapan 16MP, tri-kamera 108MP (utama) + 8MP (ultralebar) + 2MP (makro), pengimbas cap jari di tepi dan pembesar suara stereo.

    Nombor model 220111P6G baru-baru ini juga dikesan dengan nama POCO X4 5G di tapak pensijilan SIRIM Malaysia. Ini mungkin menunjukkan kehadiran 220111P6G di Malaysia tidak lama lagi. Namun begitu, peranti ini dijangka dilancarkan seawal bulan ini di pasaran global dan India.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Gizmochina

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured