More

    Facebook tidak berkembang lagi, pengguna dan keuntungan menurun

    Rangkaian sosial terbesar di dunia iaitu Facebook tidak akan berkembang lagi. Pada Rabu lalu, Meta telah berkongsi pendapatan suku keempatnya di Wall Street. Saham syarikat itu yang masih berdagang bawah nama FB buat masa ini menjunam 20%.

    Walaupun suku terakhir Meta menyaksikan beberapa trend yang dijangka berlaku termasuk perubahan privasi iOS Apple yang melambatkan perniagaan iklannya menimbulkan fakta baharu bahawa Facebook yang merupakan aplikasi teras Meta tidak lagi menarik pengguna baharu.

    Pengguna aktif bulanan (MAU) Facebook kekal tidak berubah dari suku ketiga 2021 hingga suku keempat pada 2.9 bilion. Lebih teruk, pengguna aktif hariannya (DAU) jatuh daripada 1.93 kepada 1.929 bilion dalam tempoh yang sama. Buat pertama kalinya ia berlaku kepada Facebook. Syarikat itu memberi lebih memberi penekanan pada aplikasi WhatsApp dan Instagram.

    Kelembapan pertumbuhan pengguna berlaku pada Facebook menjadi titik tolak penjenamaan semula kepada “metaverse” yang lengkap dengan rancangan untuk mengemudi sumbernya ke arah membina pengalaman maya yang mengasyikkan. Berita baik untuk Meta ialah ia masih memiliki graf sosial terbesar di dunia.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: TechCrunch

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured