More

    Spesifikasi vivo T1 5G didedah, miliki skrin LCD 6.58 inci, kamera 50MP dan bateri 5,000mAh

    vivo telah pun mendedahkan bahawa ia akan melancarkan vivo T1 5G baharu di India pada 9 Februari. Menjelang pelancarannya, beberapa spesifikasi peranti itu telah didedahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

    Tidak seperti yang anda jangkakan, vivo T1 5G tidak sama dengan vivo T1 yang dilancarkan di China pada bulan Oktober lepas walaupun ia mempunyai fungsi 5G juga. Ia juga tidak seperti vivo T1x yang sudah tersedia di China. vivo T1 5G menggunakan cipset Snapdragon 695 yang lebih rendah berbanding kedua-dua seperti dalam Redmi Note 11 Pro 5G.

    vivo T1 5G juga dikatakan mempunyai skrin LCD FHD+ 120 Hz 6.58 inci, RAM LPDDR4X 4/6/8 GB, storan UFS 2.2128GB, tri-kamera belakang 50 MP utama dengan jangkaan sensor kedalaman 2MP dan makro 2MP, kamera swafoto 16 MP dan bateri 5,000mAh dengan pengecasan 18W. Terdapat juga pembaca cap jari di bahagian tepi bersama butang kuasa dan bicu fon kepala 3.5mm .

    Harga peranti ini sepatutnya berada di bawah INR 20,000 (~RM1,119) dengan faktor bentuk langsing dan ringan yang  menjadi salah satu titik jualan utamanya. Kami akan mengetahui lebih lanjut minggu depan apabila pelancaran rasmi dijadualkan.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Selepas 7 tahun menghilang, vivo S2 kini dilancarkan dengan bateri 7,050mAh dan IP69

    vivo melancarkan telefon pintar terbaharunya iaitu vivo S2 selepas siri berkenaan tidak mengeluarkan model baharu hampir tujuh tahun. Peranti kelas pertengahan ini...

    U Mobile kini raja telco Malaysia? Gondol 8 anugerah dalam laporan terbaharu

    Opensignal secara rasmi mengeluarkan Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Malaysia bagi Julai 2026 berdasarkan data yang dikumpul bermula 1 April hingga 29...

    BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro diperkenal di Malaysia dengan bateri 108.7kWh, jarak...

    BMW Malaysia secara rasmi memperkenalkan BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro baharu iaitu model pengeluaran pertama dalam barisan Neue Klasse untuk...

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured