More

    Harga siri Redmi K50 didedah, bakal dilancar bermula ~RM1,321

    Redmi sedang bersiap sedia untuk melancarkan barisan Redmi K50 di pasaran China. Barisan ini termasuk peranti dari kelas pertengahan hingga kategori premium. Seperti biasa, pasti akan ada beberapa pendedahan menjelang pelancaran termasuk butiran harga siri Redmi K50 di pasaran China.

    Menurut sumber, Redmi K50 akan membawa harga permulaan 1,999 yuan (~RM1,321) manakala Redmi K50 Pro akan berharga 2,699 yuan (~RM1,783). Redmi K50 Pro+ didakwa bermula pada 3,299 yuan (~RM2,180) dan Redmi K50 Gaming Edition akan dijual pada harga 3,499 yuan (~RM2,312).

    Redmi K50 akan dikuasakan oleh cipset Qualcomm Snapdragon 870 manakala Gaming Edition akan memuatkan Snapdragon 8 Gen 1 andalan. Redmi K50 Pro akan dikuasakan oleh cipset MediaTek Dimensity 8000 manakala model Pro+ akan dikuasakan oleh Dimensity 9000 SoC. 

    Model K50 menyokong pengecasan 66W, K50 Pro dengan sokogan pengecasan 67W, model Pro+ dan Gaming Edition akan mempunyai sokongan pengecasan pantas 120W. Tiga daripada empat model barisan ini telah pun melalui proses pensijilan TENAA di China yang menunjukkan tarikh pelancaran tidak lama lagi. 

    Model siri ini juga telah dikesan pada pangkalan data BIS (Bureau of Indian Standards) yang mungkin dilancarkan di pasaran India sejurus selepas debutnya di China. Syarikat tersebut belum lagi mengumumkan tarikh pelancaran untuk telefon pintar siri Redmi K50 tetapi kami menjangkakan peranti itu akan rasmi pada akhir bulan ini.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured