fbpx
More

    Gembirakan insan tersayang anda dengan menghadiahkan komputer riba MSI!

    Micro-Star International atau lebih dikenali sebagai MSI bukan lagi sebuah jenama yang asing dalam industri komputer riba. Setiap tahun, jenama dari Taiwan ini melancarkan komputer baharu yang dilengkapi spesifikasi tercanggih bagi memenuhi kehendak pengguna di seluruh dunia, sambil mengekalkan mutu buatan tertinggi untuk setiap produk mereka.

    Jadi sempena Hari Valentine yang kian menjelang pada 14 Februari ini, apa kata anda hadiahkan kekasih sebuah komputer riba MSI bagi memudahkan tugas produktiviti dan harian buat orang tersayang. Komputer MSI yang bermutu tinggi bukan sahaja boleh membantu kekasih anda dalam tugasan kerja, malah boleh mengeratkan lagi hubungan apabila anda berdua perlu mengamalkan perhubungan jarak jauh. Ayuh kita lihat komputer yang sesuai untuk teman anda:

    Untuk golongan lelaki – MSI Summit E13 Flip Evo

    Untuk para wanita di luar sana yang ingin menghadiahkan sebuah komputer riba kepada suami atau teman lelaki, MSI Summit E13 Flip Evo dengan warna hitam-emas adalah produk yang paling sesuai untuknya. Komputer riba ini mempunyai rekaan yang sangat unik di mana warna hitam yang menyelubungi komputer ini dihiasi dengan kilauan emas pada bahagian sisi, jadi gabungan dua warna ini menghasilkan imej yang sangat eksklusif dan segak.

    Seperti gabungan warnanya, reka bentuk komputer ini juga tidak sama dengan kebanyakan komputer riba lain. Rekaan 2-dalam-1 pada komputer ini bermakna engselnya boleh diputar sebanyak 360°, jadi ia boleh digunakan seperti tablet apabila papan kekuncinya dilipat terus ke belakang. Pengiktirafan tentera MIL-STD-810G pula bermaksud komputer ini dibina dengan piawaian tertinggi supaya engsel dan komponen fizikalnya boleh bertahan lama.

    Bagi memudahkan penggunaan dalam mod tersebut, komputer riba ini mempunyai skrin sentuh berukuran 13.4 inci dengan nisbah aspek 16:10, jadi ia menyediakan ruang yang luas untuk memaparkan sebarang bentuk kandungan, daripada dokumen hinggalah video. Malah, komputer ini turut disertakan dengan stilus MSI Pen untuk memudahkan pengguna membuat sebarang catatan atau lakaran ringkas pada skrin komputer.

    Ciri yang paling menarik pada komputer ini tentunya adalah pada reka bentuknya yang nipis dan ringan. Dengan ketebalan 14.9mm dan berat 1.35kg sahaja, Summit E13 Flip Evo sangat mudah untuk dimasukkan ke dalam beg dan dibawa ke mana-mana sahaja untuk menyertai sebarang mesyuarat atau membuat kerja di pelbagai tempat.

    Daripada segi prestasi, komputer ini tidak mengecewakan. Ia dilengkapi cipset 11th Gen. Intel® Core™ i7 untuk prestasi terpantas dan bateri 70Whr yang boleh bertahan sehingga 20 jam. Selain itu, ia juga merupakan komputer riba pertama yang menyokong hubungan Wi-Fi 6E untuk sambungan internet wayarles yang pantas dan kukuh.

    Untuk golongan wanita – MSI Prestige 14 Pink

    Buat para lelaki yang ingin menggembirakan wanita idaman mereka, komputer riba MSI Prestige 14 Pink pasti akan menawan hati isteri atau teman wanita. Komputer ini mengekalkan rekaan premium yang sinonim dengan jenama MSI Prestige, di mana ia dihiasi dengan warna merah jambu untuk menampakkan rekaan yang anggun untuk pengguna.

    Komputer ini juga mempunyai fizikal yang sangat mudah untuk dibawa ke mana-mana. Dengan berat 1.29kg sahaja, pengguna tidak akan mempunyai masalah untuk melaksanakan tugasan walau di mana sahaja mereka berada.

    Engselnya pula membenarkan skrin komputer ini untuk dibuka rata sehingga 180°, jadi mudah untuk anda melaraskan sudut skrin bagi menyesuaikan penggunaan di pelbagai tempat. Malah dengan standard MIL-STD-810G, ini akan memberi jaminan bahawa fizikal komputer ini mempunyai ketahanan yang tinggi dan akan berfungsi selama bertahun-tahun.

    Skrin komputer ini juga mempunyai nisbah skrin-ke-badan sebanyak 90% yang bermaksud hampir keseluruhan bahagian atas komputer riba ini dipenuhi dengan skrin. Selain itu, skrin ini turut mempunyai resolusi 4K, pengiktirafan gamut warna AdobeRGB 100%, ketepatan warna Delta-E <2 dan True Colour Technology untuk penghasilan warna yang terang dan pekat, jadi anda boleh nikmati sebarang kandungan video dengan lebih mendalam.

    Walaupun dengan reka bentuk yang nipis dan ringan, MSI tidak mengorbankan prestasi komputer ini. Selain dilengkapi cipset Intel 11th Gen. Intel® Core™ i7, Prestige 14 Pink turut dilengkapi unit pemproses grafik NVIDIA GeForce GTX untuk meningkatkan prestasi komputer dalam kerja-kerja suntingan multimedia.

    Di samping itu, ia turut menawarkan hayat bateri yang panjang iaitu sehingga 10 jam, jadi anda boleh yakin bahawa anda mempunyai masa yang cukup untuk melengkapkan tugasan walaupun sewaktu berada di luar. Turut menyokong bateri ini adalah pengecasan pantas, di mana pengecasan selama 15 minit sahaja membenarkan penggunaan bateri selama 1.5 jam.

    MSI Summit E13 Flip Evo dijual pada harga RM4,799 di laman web ini manakala MSI Prestige 14 Pink dijual pada harga RM4,159 di laman web ini.

    Beritahu kami di Facebook komputer manakah yang akan dihadiahkan kepada kekasih anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Ulasan HONOR X7b 5G – ‘Entry level’ tapi macam ‘mid-range’?

    HONOR X7b versi 5G telahpun dilancarkan pada 22 April 2024 di pasaran Malaysia dengan harga RM899 memberikan spesifikasi tersendiri dan membawa storan...

    Kerjasama PETRONAS, CelcomDigi bakal transformasi tekno-digital 5G untuk sektor tenaga

    PETRONAS dan CelcomDigi bekerjasama melalui satu Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memacu usaha transformasi digital dan kemampanan untuk industri tenaga dengan memanfaatkan kuasa...

    TSMC bakal hasilkan cip dengan proses 1.6nm menjelang 2026

    TSMC mengumumkan proses pembuatan 1.6nm untuk cip dan ia juga termasuk rangkaian penghantaran kuasa yang meningkatkan kecekapan kuasa dan ketumpatan transistor dengan...

    Kejohanan MLBB Infinix GT 20 Pro tawar hadiah sehingga RM10,000, acara bakal diadakan pada...

    Sempena pelancaran Infinix GT 20 Pro pada 2 Mei ini, Infinix Malaysia akan menganjurkan Kejohanan MLBB Infinix GT 20 Pro iaitu sebuah...

    Samsung Galaxy Unpacked kedua dijadualkan pada 10 Julai 2024

    Acara Samsung Galaxy Unpacked yang akan datang dijadualkan pada 10 Julai 2024 di Paris, bertepatan dengan penganjuran City of Love Sukan Olimpik...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X