More

    Meta beri amaran untuk matikan Facebook dan Instagram di Eropah

    Meta telah memberi amaran bahawa ia mungkin menutup Facebook dan Instagram di Eropah jika ia tidak dapat memindahkan data ke pelayan (server) Amerika. Syarikat induk Facebook itu membuat pengisytiharan tersebut dalam laporan tahunannya kepada US Securities and Exchange Commission pada hari Khamis lepas.

    Syarikat tersebut menyalahkan undang-undang dan peraturan yang dikembangkan daripada pengawal selia, mahkamah dan badan perundangan Eropah yang memberi kesan kepada operasinya. Perjanjian membenarkan rangka kerja untuk pemindahan data dari Eropah (EU) ke Amerika Syarikat (AS) tidak disahkan oleh CJEU kerana keperluan perlindungan data yang ketat mengenai pemindahan data peribadi dari EU ke AS.

    Pada masa ini, Meta bergantung pada Standard Contractual Clauses untuk memindahkan data di mana syarikat mungkin tertakluk kepada “penelitian kawal selia dan kehakiman.” Mereka menerima keputusan draf awal daripada Irish Data Protection Commission bahawa pergantungan Meta pada SCC untuk memindahkan data Eropah tidak mematuhi General Data Protection Regulation EU.

    Meta berkata keputusan mengehadkan keupayaannya untuk memindahkan data ke AS boleh digantung dari separuh pertama 2022. Sekiranya kerja pemindahan data transatlantik baharu tidak diterima pakai dan mereka tidak dapat bergantung pada SCC atau dengan kaedah lain, mereka mungkin tidak dapat menawarkan beberapa produk dan perkhidmatan termasuk Facebook dan Instagram di Eropah. Ini akan menjejaskan kewangan perniagaan dan hasil operasi syarikat.

    Perkongsian data adalah penting untuk penyediaan perkhidmatan dan pengiklanan bagi Meta. Syarikat itu berkata undang-undang privasi baharu seperti California Consumer Privacy Act yang mewujudkan hak privasi data baharu untuk pengguna telah mengehadkan cara Meta untuk menggunakan maklumat peribadi sensitif dan membenarkan lebih banyak kawalan pengguna dan cara perkongsian data mereka dengan pihak ketiga boleh memberi kesan buruk serta menjejaskan syarikat media sosial.

    Meta berkata undang-undang dan peraturan baharu itu boleh menjejaskan pembangunan produk baharu, kemorosotan reputasi dan memaksa syarikat mengubah suai atau menghentikan cara perniagaan sedia ada.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: news.com.au

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Apple diperintah bayar RM23.8 bilion kepada Taptic Engine kerana tiru paten

    Mahkamah di Amerika Syarikat memutuskan Apple perlu membayar $5.7 bilion (~RM23.8 bilion) kepada Taction Technology kerana melanggar paten berkaitan perkakasan Taptic Engine....

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured