More

    Honor 60 SE diumum: Skrin hiperbolik warna sebenar 120Hz, kamera swafoto 64MP bermula ~RM1450

    Honor baru sahaja mengumumkan Honor 60 SE. Telefon baharu ini menggunakan skrin hiperbolik warna sebenar 120Hz, kamera Vlog 64MP dan pengecasan super pantas 66W. Harga bermula pada 2199 yuan (~RM1450).

    Pada 18 Februari, ia akan mula dijual di semua pasaran. Namun, kami belum mendapat maklumat rasmi ketersediannya di pasaran Malaysia. Daripada segi penampilan, Honor 60 SE menggunakan skrin melengkung dengan lubang tebuk dan tiga kamera belakang.

    Sumber memberitahu bahawa mereka belum mendapat spesifikasi penuh mengenai telefon ini. Dilaporkan bahawa telefon ini dilengkapi dengan cipset Dimensity 900 dan kamera utama 64MP + ultra lebar 8MP + kamera 2MP.

    Daripada segi harga, versi 8GB+128GB Honor 60 SE berharga 2199 yuan (~RM1450) dan versi 8GB+256GB berharga 2499 yuan (~RM1,645). Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: IThome

     

    Artikel Terkini

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Apple diperintah bayar RM23.8 bilion kepada Taptic Engine kerana tiru paten

    Mahkamah di Amerika Syarikat memutuskan Apple perlu membayar $5.7 bilion (~RM23.8 bilion) kepada Taction Technology kerana melanggar paten berkaitan perkakasan Taptic Engine....

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured