fbpx
More

    Siaran akhbar untuk Samsung Galaxy Tab S8 tertiris, pamerkan spesifikasi penuh

    Samsung bakal menganjurkan acara pelancaran Galaxy Unpacked pada 9 Februari ini di mana mereka dijangka bakal melancarkan siri telefon pintar andalan Samsung Galaxy S22 dan tablet Samsung Galaxy Tab S8. Walau bagaimanapun, sebuah siaran akhbar (press release) untuk tablet tersebut telah pun tertiris di mana ia mengandungi segala maklumat tentangnya.

    Menurut pengkhabar berita teknologi Evan Blass, siaran akhbar itu mengesahkan bahawa siri tablet Tab S8 terdiri daripada Galaxy Tab S8, Galaxy Tab S8+ dan Galaxy Tab S8 Ultra manakala perbezaan utama di antara ketiga-tiga varian itu adalah daripada segi saiz skrin dan kapasiti bateri.

    Galaxy Tab S8 mempunyai skrin berukuran 11 inci, Galaxy Tab S8+ berukuran 12.4 inci dan Galaxy Tab S8 Ultra berukuran 14.6 inci. Ketiga-tiga model mempunyai kadar segar semula 120Hz, namun hanya Tab S8+ dan Tab S8 Ultra akan mempunyai panel Super AMOLED.

    Selain itu kapasiti bateri juga berbeza mengikut varian iaitu 8,000mAh untuk Galaxy Tab S8, 10,090mAh untuk Galaxy Tab S8+ dan 11,200mAh untuk Galaxy Tab S8 Ultra.

    Semua varian tablet ini mungkin akan mempunyai cipset andalan Snapdragon 8 Gen 1 dan sistem operasi Android 12. Untuk fotografi pula, tablet ini mempunyai kamera utama 13MP dan kamera ultra-lebar 6MP, manakala kamera swafoto pula adalah kamera 12MP. Khas untuk Galaxy Tab S8 Ultra, ia akan mempunyai dua kamera swafoto iaitu 12MP dan satu kamera ultra-lebar 12MP.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Galaxy Tab S8 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Redmi Note 13R dilancar: SD 4 Gen 2 dan skrin 120Hz bermula ~RM907

    Selepas mengeluarkan Redmi Note 13R Pro tahun lepas, anak syarikat Xiaomi kini melancarkan varian standard peranti tersebut iaitu Redmi Note 13R di...

    Samsung sindir iklan Apple iPad Pro 2024 dengan video “Uncrush”

    Apple telah melancarkan iPad Pro 2024 baharunya dengan cip M4. Walau bagaimanapun, kemunculannya telah mencipta kontroversi dengan iklan Crush!. Iklan itu mungkin...

    Samsung Galaxy Z Fold6 muncul dalam Geekbench dengan Snapdragon 8 Gen 3, RAM 12GB

    Peranti boleh lipat Samsung Galaxy generasi seterusnya akan dikeluarkan pada 10 Julai dan kini, salah satu telefon pintar dalam barisan tersebut telah...

    Twitter secara rasmi telah tamat, beralih kepada domain X.com

    Landskap media sosial telah mengalami perubahan ketara dengan peralihan lengkap Twitter kepada X. Ini berikutan langkah besar yang dimulakan oleh pengambilalihan Elon...

    Anthony Loke: Tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan “dashcam”

    Baru-baru ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata bahawa tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan dashcam (kamera papan pemuka) di semua kenderaan di negara...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X