fbpx
More

    Siri OPPO Reno7 akan dilancar di Malaysia dalam masa terdekat

    Siri telefon pintar kelas pertengahan OPPO Reno merupakan antara telefon yang paling popular di Malaysia dan kini peminat OPPO tempatan boleh menjangkakan kehadiran OPPO Reno7 yang akan dilancar tidak lama lagi.

    Setakat ini OPPO Malaysia hanya mengesahkan bahawa kamera OPPO Reno7 akan dilengkapi mod Portrait yang diperbaharui berbanding generasi lepas, dengan teknologi Dual-Flagship Portrait Camera System untuk kualiti gambar potret yang berkualiti tinggi dalam suasana malap.

    Setakat ini masih tiada maklumat tentang spesifikasi OPPO Reno7 di Malaysia, namun anda boleh mendaftarkan diri dalam laman web OPPO Malaysia bagi mendapatkan maklumat terkini tentang siri peranti ini. Sebelum ini, ia telah pun dilancar di India dan China dalam dua varian utama iaitu OPPO Reno7 5G dan OPPO Reno7 Pro 5G.

    OPPO Reno7 dilengkapi cipset Mediatek Dimensity 900, skrin AMOLED 6.4 inci dengan kadar 90Hz, RAM 8GB, storan 256GB, bateri 4,500mAh, pengecasan pantas 65W dan sistem operasi ColorOS 12 berdasarkan Android 11. Ia menyokong fungsi penambahan RAM maya sebanyak 3GB, 5GB atau 7GB.

    Kameranya terdiri daripada kamera utama 64MP, kamera ultra-lebar 8MP, kamera makro 2MP dan kamera swafoto 32MP.

    Sementara itu, Reno7 Pro pula dilengkapi cipset Dimensity 1200 MAX, RAM 12GB, storan 256GB, skrin AMOLED 6.5 inci dengan kadar 90Hz, bateri 4,500mAh, pengecasan pantas 65W dan sistem operasi ColorOS 12 berdasarkan Android 11.

    Kameranya terdiri daripada kamera utama 50MP, kamera ultra-lebar 8MP dan kamera makro 2MP. Di hadapan, ia mempunyai kamera swafoto 32MP dengan sensor Sony IMX709.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Redmi Note 13R dilancar: SD 4 Gen 2 dan skrin 120Hz bermula ~RM907

    Selepas mengeluarkan Redmi Note 13R Pro tahun lepas, anak syarikat Xiaomi kini melancarkan varian standard peranti tersebut iaitu Redmi Note 13R di...

    Samsung sindir iklan Apple iPad Pro 2024 dengan video “Uncrush”

    Apple telah melancarkan iPad Pro 2024 baharunya dengan cip M4. Walau bagaimanapun, kemunculannya telah mencipta kontroversi dengan iklan Crush!. Iklan itu mungkin...

    Samsung Galaxy Z Fold6 muncul dalam Geekbench dengan Snapdragon 8 Gen 3, RAM 12GB

    Peranti boleh lipat Samsung Galaxy generasi seterusnya akan dikeluarkan pada 10 Julai dan kini, salah satu telefon pintar dalam barisan tersebut telah...

    Twitter secara rasmi telah tamat, beralih kepada domain X.com

    Landskap media sosial telah mengalami perubahan ketara dengan peralihan lengkap Twitter kepada X. Ini berikutan langkah besar yang dimulakan oleh pengambilalihan Elon...

    Anthony Loke: Tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan “dashcam”

    Baru-baru ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata bahawa tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan dashcam (kamera papan pemuka) di semua kenderaan di negara...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X