More

    Samsung mungkin lancarkan 2 pengecas wayarles baharu bersama siri Galaxy S22

    Pada malam ini, acara Samsung Unpacked akan berlangsung pada pukul 9pm di mana mereka akan memperkenalkan siri Galaxy S22. Tetapi, terdapat beberapa peranti lain yang akan turut sertai siri Galaxy S22 termasuk siri Galaxy Tab S8 bersama beberapa pengecas wayarles baharu.

    Menurut WinFuture, Samsung akan mendedahkan dua pengecas wayarles baharu pada malam ini iaitu pengecas tanpa wayar EP-P2400 dan pengecas tanpa wayar duo EP-P5400. Pengecas tersebut mungkin menyokong pengecasan wayarles Qi 15W, walaupun hanya peranti Samsung Galaxy keluaran terbaru sahaja akan disokong. 

    Kedua-dua pengecas hadir dengan tapak yang rata, tetapi anda juga boleh menarik keluar pad pengecas untuk kedudukan menegak. Pada asasnya, kedua-dua model adalah serupa. Satu-satunya perbezaan adalah pengecas tanpa wayar duo EP-P5400 yang kelihatan lebih besar. Ini membolehkan ia mengecas telefon pintar dan jam tangan pintar secara serentak. 

    Akan tetapi, sekiranya anda mengecas dua peranti dalam masa yang sama, kelajuan pengecasan akan menjadi lebih perlahan daripada 15W kepada 5+10. Sejujurnya, 15W masih dikira perlahan untuk kebanyakan orang pada hari ini. Namun, ia lebih memudahkan anda bagi kebanyakan situasi dalam perjalanan.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: TechNaveEN

     

    Artikel Terkini

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Apple diperintah bayar RM23.8 bilion kepada Taptic Engine kerana tiru paten

    Mahkamah di Amerika Syarikat memutuskan Apple perlu membayar $5.7 bilion (~RM23.8 bilion) kepada Taction Technology kerana melanggar paten berkaitan perkakasan Taptic Engine....

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured