fbpx
More

    Siri Redmi Note 11 dilancar di Malaysia: SD 695, AMOLED 6.67″ 120Hz dan bateri 5,000mAh bermula RM749

    Xiaomi hari ini mengumumkan ketibaan siri Redmi Note 11 di Malaysia. Terdapat empat varian dalam siri ini iaitu Redmi Note 11 Pro 5G, Redmi Note 11 Pro, Redmi Note 11S dan Redmi Note 11.

    Redmi Note 11 Pro 5G, Redmi Note 11 Pro dan Redmi Note 11S menampilkan kamera utama 108MP, ultra-lebar 8MP dan makro 2MP. Selain itu, sensor kedalaman 2MP pada Redmi Note 11 Pro, Redmi Note 11S dan Redmi Note 11 membolehkan pengguna mencipta kesan bokeh semula jadi untuk tangkapan potret. Bahagian hadapan Redmi Note 11 Pro 5G, Redmi Note 11 Pro dan Redmi Note 11S menampilkan kamera swafoto 16MP.

    Terdapat dua pilihan saiz skrin iaitu 6.67 inci dan 6.43 inci yang dilengkapi penyegaran semula skrin 120Hz serta kadar pensampelan sentuhan sehingga 360Hz. Siri ini dilengkapi dengan FHD+ AMOLED DotDisplay yang menampilkan gamut warna lebar DCI-P3 mencapai sehingga 1200 nits untuk memastikan kejelasan skrin.

    Redmi Note 11 Pro 5G dikuasakan oleh cipset Snapdragon 695 dengan kadar kelajuan sehingga 2.2 GHz . Redmi Note 11 Pro dan Redmi Note 11S menggunakan cipset MediaTek Helio G96 dan RAM sehingga 8GB manakala Redmi Note 11 hadir dengan cipset Snapdragon 680.

    Keempat-empat peranti siri Redmi Note 11 dilengkapi dengan bateri berkapasiti besar 5,000mAh dengan pengecasan pantas 67W pada Redmi Note 11 Pro 5G dan Redmi Note 11 Pro. Redmi Note 11S dan Redmi Note 11 Pro menampilkan pengecasan pantas 33W.

    Dari 11 hingga 18 Februari 2022, Redmi Note 11 Pro 5G dan Redmi Note 11 Pro akan tersedia untuk prapesanan di stor Xiaomi dan stor rasmi Xiaomi di Lazada dan Shopee. Manakala Redmi Note 11S dan Redmi Note 11 pula sedia untuk dibeli mulai 11 Februari 2022.

    ModelVarianHargaTawaran di Kedai Rasmi XiaomiTawaran dalam talianKedai dalam talian
    Redmi Note 11 Pro 5G6GB+128GBRM1199Tempahan
    RM1099 + PERCUMA Redmi BUds 3

    Lazada | Shopee
    8GB+128GBRM1299
    Tempahan
    PERCUMA hadiah premium bernilai RM328
    Tempahan PERCUMA Mi Smart Band 6
    Redmi Note 11 Pro6GB+128GBRM999Tempahan RM949 + PERCUMA Mi True Wireless Earbuds Basic 2
    Lazada | Shopee
    8GB+128GBRM1099Tempahan
    PERCUMA hadiah premium bernilai RM328
    Tempahan
    PERCUMA Mi Smart Band 6
    Redmi Note 11S6GB+64GBRM899RM799
    Lazada | Shopee
    8GB+128GBRM999PERCUMA hadiah premium bernilai RM139PERCUMA
    Redmi Buds 3
    Redmi Note 114GB+128GBRM749RM699
    6GB+128GBRM799PERCUMA hadiah premium bernilai RM139PERCUMA Redmi Buds 3
    Lazada | Shopee
    *Hadiah premium PERCUMA bernilai RM328 termasuk Mi Smart Band 6, beg tote edisi terhad dan selimut bantal premium. Tersedia dengan prapesanan dari 11 hingga 18 Februari 2022 hanya di kedai Xiaomi Sah di Malaysia.
    **Hadiah premium PERCUMA bernilai RM139 termasuk beg tote edisi terhad dan selimut bantal premium. Tersedia dengan setiap pembelian dari 11 hingga 22 Februari 2022 hanya di kedai Xiaomi Sah di Malaysia.
    ***Tawaran dalam talian hanya tersedia dalam talian di kedai Lazada dan Shopee rasmi di Malaysia.
    Nota: Semua tawaran istimewa adalah untuk masa terhad sahaja sementara stok masih ada.

    Beritahu kami di Facebook jika anda akan mendapatkan mana-mana varian Redmi Note 11 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Telefon pintar cipset Snapdragon 8 Gen 4 pertama dijangka dilancar pada pertengahan Oktober

    Qualcomm telah memelihara kerahsiaan mengenai butiran prosesor mudah alih flagship akan datang mereka, Snapdragon 8 Gen 4. Namun, kebocoran dan desas-desus telah...

    Audio ‘lossless’ oleh Spotify dikatakan hampir siap

    Elemen antara muka (UI) yang bocor membayangkan kemungkinan keluaran peringkat audio tanpa kerugian (lossless) Spotify yang telah lama ditunggu-tunggu, menunjukkan ia mungkin...

    Threads benarkan kawalan terhadap siapa yang boleh mengulas ‘post’ anda

    Threads memperkenalkan kawalan baru yang membenarkan pengguna menguruskan siapa yang boleh mengulas kenyataan mereka dengan matlamat untuk mewujudkan persekitaran yang lebih positif...

    Google Wallet perkenalkan senarai ‘Kaedah Pembayaran’ baharu

    Kemas kini terbaru kepada Google Wallet untuk Android memperkenalkan pendekatan yang lebih teratur dalam menguruskan kaedah pembayaran yang disimpan. Menu akaun kini...

    Jalan Sultan Ismail menjadi dua hala, kurangkan kesesakan lalu lintas

    Sekurang-kurangnya 20 anggota Polis Kuala Lumpur telah ditempatkan untuk mengawal lalu lintas susulan penukaran jalan satu hala kepada dua hala di Jalan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X