More

    Digi buka tempahan untuk Siri Samsung Galaxy S22, pelbagai tawaran penjimatan & hadiah percuma

    Hari ini, Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) mengumumkan bahawa pelanggan kini boleh membuat pra-pesanan siri Samsung Galaxy S22 (Samsung Galaxy S22 Ultra 5G, Samsung Galaxy S22 Plus 5G dan Samsung Galaxy S22 5G) melalui program Digi PhoneFreedom 365 ( PF365). Mulai hari ini hingga 3 Mac 2022, pra-pesanan boleh dibuat melalui Digi Store Online (DSO).

    Pelanggan yang membuat pra-pesanan Samsung Galaxy S22 Ultra akan layak mendapat hadiah percuma bernilai RM1,317 termasuk e-baucar Samsung bernilai RM800, Silicone Cover dengan tali bernilai RM169, Lucky Box (Wide Strap) bernilai RM79 dan LAMY Universal Pen bernilai RM269. 

    Pelanggan yang membuat pra-pesanan Samsung Galaxy S22 Plus atau Samsung Galaxy S22 akan layak mendapat hadiah percuma bernilai RM1,217 termasuk e-baucar Samsung bernilai RM800, Silicone Cover dengan tali bernilai RM169, Lucky Box (Wide Strap) bernilai RM79 dan pemasangan filter kamera bernilai RM169.

    Ia berharga RM99/bulan untuk Siri Samsung Galaxy S22 dengan penjimatan sehingga RM1,323 pada peranti mereka. Pembeli juga akan menerima kuota internat sehingga 85GB Internet untuk semua akses. Siri Samsung Galaxy S22 akan tersedia di semua Kedai Digi mulai 4 Mac 2022 untuk pelanggan yang memilih untuk membeli siri Samsung Galaxy S22.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured