Pada hari ini, Qualcomm Technologies, Inc. dan Ferrari N.V. mengumumkan kerjasama teknologi strategik yang bertujuan membantu mempercepatkan transformasi digital Ferrari. Qualcomm Technologies akan bertindak sebagai penyedia penyelesaian sistem Ferrari untuk kereta jalan raya Ferrari yang akan datang serta sebagai Rakan Kongsi Premium untuk pasukan Formula 1 Scuderia Ferrari dan pasukan Ferrari eSports.
Kerjasama ini akan menggunakan Snapdragon Digital Chassis yang terdiri daripada platform bersambung awan (cloud-connected) terbuka dan boleh skala untuk kenderaan generasi akan datang. Ia merangkumi telematik dan ketersambungan, kokpit digital serta fungsi ADAS dan menggunakan seni bina bersatu untuk peningkatan keselamatan dan pengalaman digital yang mendalam yang boleh dikemas kini sepanjang hayat kenderaan.

Selain itu, Qualcomm Technologies dan rakan kongsinya juga akan bekerjasama dengan Ferrari untuk mereka bentuk, membangun dan menyepadukan kokpit digital Ferrari. Qualcomm Technologies akan mula berkhidmat sebagai Rakan Kongsi Premium pasukan Formula 1 Scuderia Ferrari pada permulaan musim perlumbaan Kejuaraan Dunia Formula Satu FIA 2022 di mana Snapdragon akan ditampilkan pada tempat duduk tunggal F1-75 Scuderia Ferrari baharu. Aktiviti eSports Maranello marque juga akan menjadi sebahagian daripada perkongsian rasmi.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Ferrari, Benedetto Vigna mengatakan kerjasama ini telah mengembangkan pengetahuan mereka dalam teknologi digital dan bidang web 3.0 yang berpotensi besar untuk automotif dan sukan permotoran yang membantu dalam menghasilkan produk terbaik.
Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.






