More

    ANTUTU: Kedudukan 10 telefon pintar paling berkuasa Januari 2022

    Tahun lepas, Qualcomm dan MediaTek memperkenalkan cipset baharu yang digunakan secara meluas dalam telefon pintar. Bagi seseorang pengguna untuk memilih, adalah wajar untuk mengetahui telefon pintar mana yang paling berkuasa di pasaran.

    Peneraju telefon pintar teratas AnTuTu ialah Xiaomi 12 Pro yang satu-satunya wakil generasi baharu dengan Snapdragon 8 Gen 1 dalam carta ini. Mata yang diperoleh telefon ini ialah 979,499 mata. Baki sembilan tempat dalam 10 teratas telah diambil oleh telefon andalan tahun lepas menggunakan cipset Snapdragon 888/888+.

    Tempat kedua dan ketiga dihuni oleh telefon gaming Nubia Red Magic 6 dan Asus ROG Phone 5s Pro. Nubia Red Magic 6R berjaya mendapat kedudukan keempat meninggalkan realme GT, Asus ROG Phone 5, iQOO 7, OnePlus 9 Pro, Samsung Galaxy S21 Ultra dan OnePlus 9 di kedudukan belakang.

    Bagi segmen telefon kelas pertengahan, ia dihuni oleh telefon yang menggunakan cipset Snapdragon 778G dan Snapdragon 780G. Kedudukan tiga teratas ialah iQOO Z5, realme GT Master dan Xiaomi Mi 11 Lite. Model dengan Snapdragon 778G menduduki tempat keempat hingga ketujuh.

    Xiaomi Mi 11 Lite NE, Honor 50, Samsung Galaxy A52s 5G dan Galaxy M52 5G. vivo V23 5G dengan Dimensity 920 berada di tempat kelapan, iQOO Z3 dengan Snapdragon 768G berada di tempat kesembilan dan Oppo Reno6 5G dengan cipset Dimensity 900 berada dalam sepuluh.

    Adakah anda berpuas hati dengan kedudukan ini? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured