More

    Microsoft lancarkan Surface Laptop Studio & Surface Pro 8 di Malaysia bermula RM4,950

    Microsoft mengumumkan bahawa pra-tempah untuk Surface Laptop Studio baharu akan bermula dariĀ 15 FebruariĀ di Malaysia melalui penjual semula sah komersial dan peruncit sah. Selain itu, Surface Pro 8 juga kini tersedia untuk pembelian melalui saluran runcit pengguna.

    Surface Laptop Studio yang berharga RM7,399 dibina sebagai peranti untuk pembangun, pakar kreatif, pereka bentuk dan pemain. Ia menyampaikan kuasa desktop, mudah alih komputer riba dan studio kreatif semuanya dalam satu.

    Menurut Azizah Ali, Ketua Pemasaran dan Pegawai Operasi di Microsoft Malaysia, ia merupakan komputer riba perniagaan yang dibina untuk Windows 11 untuk membantu pengguna kekal dalam aliran dan mendapat inspirasi dengan faktor bentuk fleksibel. Dengan Engsel Tenunan Dinamik ultra-tahan lama yang terbaharu, Surface Laptop Studio dapat beralih daripada satu mod ke mod yang lain dengan lancar.

    Mod Komputer riba: Pengalaman menaip kelas pertama dengan papan kekunci penuh dan pad sentuh Precision Haptic.

    • Mod Stage: Paparan skrin sentuh PixelSense 14.4ā€ ditarik ke hadapan ke sudut yang sempurna untuk gaming, penstriman, dok atau persembahan. Dengan papan kekunci yang disarung, anda boleh berinteraksi dengan Surface Slim Pen 2, sentuh atau pad sentuh.
    • Mod Studio: Gunakan kanvas optimum untuk menulis tanpa gangguan, lakaran dan usaha kreatif yang lain.

    Surface Slim Pen 2 disimpan dengan kemas di bawah papan kekunci di mana ia dipasang secara magnetik dan dicas untuk akses mudah. Ia hadir dengan paparan 120Hz, pembesar suara Quad Omnisonic dan Dolby Atmos yang sesuai untuk bekerja, mencipta, membina aplikasi, memaparkan video dan menstrim gaming secara pantas.

    Bagi peminat gaming, komputer riba Surface Studio dilengkapi GPU NVIDIA GeForce 3050 Ti dan DirectX 12 Ultimate untuk prestasi yang lancar serta kualiti imej yang cantik.. Dengan cipset Intel Core H35 Generasi ke-11 dan GPU NVIDIA GeForce RTX, Surface Laptop Studio mempunyai kuasa untuk menyelesaikan sebarang kerja dengan mudah.

    Sebagai tambahan kepada permulaan pra-pesanan untuk Laptop Studio, Microsoft mengumumkan Surface Pro 8 tersedia untuk pembelian di Malaysia melalui penjual semula sah komersial dan peruncit sah.

    Ia dibina sebagai komputer riba dengan fleksibiliti tablet dalam setiap sudut yang dilengkapi dengan Kickstand ikonik, papan kekunci boleh tanggal dengan storan dan pengecasan Slim Pen. Ia berharga daripadaĀ RM4,950Ā menampilkan kamera hadapan 5MP, kamera menghadap belakang 10MP-4K, bunyi Dolby Atmos dan Studio Mics dwi medan jauh.

    "
    "

    Skrin sentuh PixelSense 13ā€ disokong oleh Dolby Vision dan teknologi warna adaptif memberikan keselesaan pada mata denga kualiti warna semula jadi menjadikan ia salah satu paparan yang paling maju daripada segi teknikal oleh Microsoft setakat ini.

    Ia menyokong kadar penyegaran 120Hz, dilengkapi dengan maklum balas haptik, Pen dan Inking dengan Surface Slim Pen 2 mereplikasi pengalaman pen sebenar. Hujung pen yang tajam juga memberikan ketepatan dengan 4,096 mata kepekaan tekanan. Peranti ini menggunakan cipset Intel Core Generasi ke-11 yang dibina pada platform Intel Evo, dilengkapi dengan dua port Thunderbolt 4, hayat bateri sehingga 16 jam memberikan PC 2-dalam-1 yang berkuasa.

    Surface Laptop Studio akan tersedia pada 8 Mac dan Surface Pro 8 akan tersedia mulai 15 Februari melalui penjual semula sah komersial, Maxis dan peruncit sah seperti All IT, Gloo by SNS Network, Harvey Norman, Lazada, PC Image, Senheng, Shopee dan TMT oleh Thundermatch.

    Microsoft juga bekerjasama dengan Gloo oleh SNS Network dan Harvey Norman untuk menawarkan perkhidmatan Concierge Microsoft baharu di Low Yat Plaza dan Pavilion Bukit Jalil 2. Pembeli boleh mendapatkan nasihat mengenai peranti Microsoft Surface dan Windows yang betul untuk dibeli, bantuan penggunaan peranti baharu atau menaik taraf kepada Windows 11. 

    Rakyat Malaysia boleh lawati Microsoft Concierge di Harvey Norman pada setiap Rabu hingga Ahad, 11 pagi – 8 malam di:

    • Pavilion Bukit Jalil Lot 1.01.00 & 1.02.00, Level 1 Pavilion Bukit Jalil, 2, Persiaran Jalil 8, Bandar Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur 
    • Gloo Low Yat (SNS Network) Lot G-008, Ground Floor, Plaza Low Yat, 7, Jalan 1/77, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia 

    Anda boleh lawati laman web rasmi Microsoft untuk ketahui lebih lanjut mengenai peranti Surface ini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured