More

    Roadshow Siri Samsung Galaxy S20 kini berlangsung hingga 8 Mac, dapatkan hadiah menarik di sana!

    Terdahulu, Samsung telah mengumumkan bahawa mereka akan menganjurkan roadshow untuk flagship terbaru mereka, siri Samsung Galaxy S20. Roadshow ini telah bermula pada hari ini sehingga 8 Mac dan akan dilangsungkan di lokasi yang berbeza.

    Antara lokasinya adalah Mid Valley di Kuala Lumpur, East Coast Mall di Pahang, Mid Valley SouthKey di Johor, Queensbay Mall di Penang dan Imago KK di Sabah. Anda boleh mengunjunginya untuk merasakan sendiri pengalaman memilik sebuah peranti 5G seperti Galaxy S20 Ultra dan mencuba fungsi Zum Space 100x!

    Kami telah mengunjungi roadshow di Mid Valley, Kuala Lumpur. Cukup teruja apabila melihat terdapat pemenang yang membawa pulang hadiah yang dijanjikan seperti Samsung 4K Smart UHD TV 50″ bernilai RM2,599 dan lain-lain. Bukan itu sahaja, anda boleh trade-in kamera lama anda untuk potongan harga! Potongan harga tersebut boleh digunakan untuk membeli siri Galaxy S20.

    Untuk spesifikasi siri Samsung Galaxy S20, anda boleh rujuk di sini. Sudahkah anda mengunjunginya? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured